Monday, February 18, 2013

7 RABIUL AKHIR - APA ADA DI BUKIT CERAKAH?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Katakanlah (Wahai Muhamad) "Jilka kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya: dan Ia mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.'
(maksud ayat 28 surah A'Li Imraan)

Saya teruja melihat padi! Pertama kali memegang batang padi dan melihat daunnya...
Saya terbayang keindahan sawah padi di Kedah...
(Cikgu Nadz.....sampai juga hajat saya.)

Suasananya tidaklah seperti sawah sebenar.
Padi menghijau.


' (Ingatlah) hari ( kiamat yang padanya) tiap seorang akan mendapati apa saja kebaikan yang telah dikerjakan sedia ( dibentangkan kepadanya dalam suat-surat amalnya) dan demikian juga apa saja kejahatan yang telah dikerjakan (ketika itu taip-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amal yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan Dirinya ( menyeksa kamu)  Dan ( ingatlah juga) Allah amat belas Kasihan terhadap hamba-hambanya'
( maksud ayat 30 surah A Li Imraan)
Jalan kaki saja untuk ke sini.
Padi!
' Katakanlah ( Wahai Muhamad) " Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani'
(maksud ayat 31 surah A Li Imraan)

Tepian sawah.
'Allah  menentukan pemberian rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan ( ingatlah) Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
( maksud ayat 4 surah Ali imraan)
Di sini juga ada Taman Haiwan.
Teruja juga melihat merak. Subhanallah!
Merak yang sangat cantik...

' Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai ( Hakikat) kebajikan dan kebaktian ( yang sempuran) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya'
( maksud ayat 92 surah A li Imraan Juz 4) 
Agak lama saya di sini,
Berbelas kali berlawan kata dengan burung ni.
Ia memberi SALAM!



Macam-macam aksi .

Saya suka rusa.

Kuda sejoli.
'......dan ingatlah (Allah) tidak sekali-kali lalai  akan apa yang kamu lakukan.'
( maksud ayat 99 surah A Li Imraan)

Banyak yang boleh di dapati di sini- paint ball, berenang, titi gantung, melihat rumah tradisional, baggy dll.
Seronok jika berbasikal untuk menghayati hutan...

Alhamdulillah.
 '.....Wahai Tuhan kami, Janganlah Engaku memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi -Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.'
( maksud ayat 8 surah A Li Imraan Juz 3)



4 comments:

Dr Singa said...

Thanks to Mamaju.. kami pergi semalam..
Hujung minggu ni last snow gitu..
Lepas tu tutup.. Nanti 12 Mac bukak balik untuk musim bunga

Kakzakie said...

Kakak pun tak pernah sentuh pokok padi. Teringin juga.

.... 2/3 ini keluarga kakak pun ada majlis (anak saudara kahwin di Kota Tinggi).

Hjh Noralenna Abbas said...

Satu masa dulu bendang sawah padi dekat benar dengan rumah kami. Sekarang sudah nak tengok sawah padi di Melaka. Saya suka tengok sawah padi di Kedah....hijau

afeezz said...

tak pernah smpi pon sini...