Thursday, January 31, 2013

PANTAI IRAMA, BACHOK, KELANTAN.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan janganlah kamu mengatakan ( bahawa) orang yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang-orang yang mati , bahkan mereka itu orang-orang yang hidup( dengan keadaan hidup yang istemewa) tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.'
(maksud ayat 154 surah Al Baqarah)
Pantai ini duduknya tidak jauh dari rumah mertua.
Dulu-dulu, jika balik ke Beris Kubur Besar, tempat ini adalah tempat kegemaran- selepas sembahyang subuh  dan dah terang tanah kami' berlari 'ke sini...
Itu dulu. Sekarang ayah di kota raya...
Pantai Irama dah lama kami tinggalkan.

Baru-baru ni kami ambil peluang ke sini.
Pantai sudah tak sejernih dulu. Airnya coklat! Tiga suku pantai ada batu-batu penambat hakisan. ...


Ombak kuat dan angin bertiup kencng.

Di tepi pantai ada kedai-kedai makan dan pasar malam.
Saya rasa ini satu cara yang menjadikan pantai banyak sampah!
- sedapnya  En Suami makan tak ingat orang sebelah...
Cantik walau tidak biru!
Memetik bulan....


Ada banyak juga tempat berehat.
Hampir terbang...
Waktu ni azan berkumandang.

Jom solat berjemaah .
Alhamdulillah.

-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

19 comments:

azieazah said...

Subhanallah... indah betul panorama itu. Bulan baru mahu muncul.

Saya berkenan dengan baju ungu anak dara yang nak petik picit bulan tuh!

Kakzakie Purvit said...

Nabil dgn adik makan tak ajak mama/papa pun bukan main khusyuk betul. Kalau bawa bekal makan di sini mesti selera bertambah kan Kak Ju.

Adik tu nak petik bulan? Cubalah hihi...

Anonymous said...

cantiknya pantai tu.. =) miss my hometown..

Azie said...

as salam. dekat dengan rumah saya ni. rindu pulak dengan Pantai Irama selepas musim tengkujuh

Unknown said...

mama ju... subhanallah... speechless

CI_ said...

Assalamualaikum, ma.
Rindu nak bertemu ma lagi!
=)

atuk said...

Assalamualaikum mama Ju

teringat pula lagu ku petik bintang2 , keny remy martin...he he

makchaq said...

Makchaq memang sangat suka pantai.. Kecik2 rumah dekat laut/pantai.. Situ la tempat bermain sepanjang hari..bila tengok laut dan pantai ada satu perasaan yang tak tau nak di kata...

Dr K said...

Salam Mamaju...berapa jauh pantai ni dari Kota Bahru ya?

Betul..saya setuju dgn mamaju..sebab byk sgt gerai kat pantai la menyebabkan pantai kita kotor...ada jual ikan/sotong celup tepung ke kat situ? hihihihih

Mimie said...

cantik pemandangan kat bachok

Maiyah said...

subhanallah.. mmg cntik
suka ngan laut, hirup angin ;)

zino said...

suka bunyi ombak...

TukangKebun said...

Seronok menghabiskan masa di pantai bersama keluarga.

Anonymous said...

cantiknyer kak, KA x pernah ke sini, nanti nk ajak en hubby menyinggah bila balik rumah MIL di KB

Bunda_nora said...

indah sungguh alam ciptaan Allah..

Unknown said...

yup....bachok mmg cantik...tp syg smpah pn byk....hrp mdb cr jln nk selesai msalah ni....malu la org lua dtg...

Unknown said...

yup....bachok mmg cantik...tp syg smpah pn byk....hrp mdb cr jln nk selesai msalah ni....malu la org lua dtg...

Cikda said...

subhanallah...cikda dulu dengar je nama pantai irama ni.. tapi tak pernah sampai sini..

huiiyoo...kuatnya ombak dan angin kat situ... :)

Ummu Madihah said...

Salam MamaJu,

Cantiknya foto pantai Irama! Lama x berkunjung ke situ. Dulu semasa Mak Aji bertugas di sana dan selepas Pak Aji operate jantung, kami setiap pagi usai solat Subuh ke sana - Pak Aji bersenam. Itulah rutin kami selama sebulan.