Friday, February 1, 2013

INDAHNYA KAMPUNG....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.




Kami sebenarnya di kampung seketika saja. Sempat ziarah adik ipar- cikgu Radiah ,
Lepas tu ambil peluang ke Wakaf Che Yeh. Punyalah sesak, nak parkir pun susah- akhirnya tempat berhampiran sampah pun jadi tempat parkir! RM 2.
Banyak bangunan baru, ada Holiday Villa dan banyak tempat shopping. Pasar malam pun ada.
Kami cuma datang nak dapatkan suasana Wakaf Che Yeh dan hilangkan rindu kampung!
Kami hanya beli ais krim dan jeli kelapa!

Dah tengah malam, ke rumah Kak Jamilah- biras saya.
Dah sedia menanti laksa penang.
Apa lagi....!
Sedap , memang sedap!


Pagi, kami dijamu dengan nasi kerabu dan ayam bakar RM 2.50. Minum dengan kopi pekat.
Lama betul saya tidak menikmati kopi....
Hehe saya tak makan pun nasi kerabu tu, saya mengulang makan laksa semalam!


Pagi yang sunyi.
Eeh, ada bangunan baru di hujung tu?
Ini buluh madu. Alhamdulillah ada rezeki.
Jalan-jalan lagi....




Mesra dengan sesiapa...


SubhanaAllah betik apa ni, ?

Keliling rumah banyak pokok rambutan

Banyaknya....


Nak balik...
Terimakasih semua.
Dan akhirnya kami meninggalkan  bumi Kelantan.
Ada umur kami datang lagi, InsyaAllah.

Alhamdulillah.


5 comments:

Dr Singa said...

saya suka gambar last tu!!

Kakzakie said...

Nampak santai dan nyaman betul tengok gambar adik jalan dgn si abang di atas jambatan...

afeezz said...

kalau balik kampung tu yg best, banyak buah2an. klu balik musim buah lagi best

Daddy Ziyyad said...

Salam MamaJu..

Saya pun macam DrSinga..suka betul dgn gambar pemandangan yg last tu...

Betik tu panjang2..dah macam petola pulak..hihihi

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

betik tu macam ikan lumba2 pulak