Saturday, January 19, 2013

7 RABIUL AWWAL - MASJID TERAPUNG, MELAKA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka ( beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku ( Allah) aentiasa hampir (kepada mereka) : Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan- Ku ( dengan memathui perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul'
(maksud ayat 186 Al Baqarah)
Sewaktu kami  ke Masjid terapung/ Masjid Selat Melaka.
Tup-tup  kami menemui kenderaan dua alam ni...
Itik ini terkedek-kedek menuju laut.
Kami pun mengejarnya...

Dengan bayaran RM 38 anda akan dibawa bersiar-siar di darat dan di laut!
Tengok ia sudah menghampiri laut....

Dah selamat untuk memulakan pengembaraan di laut.
Wah itik tu dah jauh...tu Masjid.
Masjdi ini mula dibina pada 2003 dan siap pada 2006. Dirasmiakan oleh YDA Tuanku Syed Sirajuddin.
Ia berkonsepkan seni bina melayu dengan elemen  batang buluh yang pangkalnya terbelah dua dan membentuk beberapa bahagian.

Masjid ini dibina di sisi Selat Melaka, Selat yang paling sibuk  dan terpanjang di dunia.
Ianya dibina di Pulau Melaka. Pulau ini adalah pulau buatan. Dibina di atas permukaan laut.
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana ia seolah-olah terapung bila air pasang.
Ia dibuat berinspirasikan dari Masjid Terapung di Jeddah.
Memang nyaman dengan angin yang menyelinap masuk ke ruang sembahyang,

Di atas, ruang azan. Ia juga berfungsi sebagai rumah api.
Pintu hadapan.




Angin bertiup kuat. Di keliling masjid ada pelantar pejalan kaki.




Keliling masjid yang cantik.

Alhamdulillah.


Pesananbuatdiri:
Ingat Malaikat  di kiri kanan kita.


Sebarkan salam dan semarakkan amal.

6 comments:

Al-Manar said...

Not being to Melaka for so many years I did not know of a masjid terapung other than the one in Kuala Terengganu

azieazah said...

Saya tertarik melihat keta bot kuning tu. Dalam tv pun ada tunjuk keta bot tu boleh jalan atas jalanraya, then boleh jadi bot di laut.. Menarik kan?

Naz Mohamed said...

As-salam,

Walaupun saya menetap di Melaka, belum pernah lagi naik duck boat. Tak tahu la bila pintu hati akan terbuka...hehehe

Kakzakie Purvit said...

Teruja pulak kakak tengok yg boleh di darat dan laut - tak pernah rasa sebenarnya tu yg teruja bila tengok..

afeezz said...

berminat nak naek itik tu, tp tak berkesempatan plak masa ke melaka dulu...

che mid said...

Salam, tak tau pulak ada duck boat tu.. tentu seronok naikkan.. wah tentu syok bergambar dicelah-celahan orkid..