Saturday, January 19, 2013

KERIS

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala Malaikat dan segala Kitab dan sekelian Nabi dan mendermakannya seseorang akan hartanya - sedang ia menyayanginya - kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjakan seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalm perjuangan perang Sabil.( Orang yang demikian sifatnya) mereka itulah orang-orang yang benar ( BERIMAN DAN MENGERJAKAN KEBAJIKAN) dan mereka itulah orang yang BERTAQWA.'
(maksud ayat 177 surah Al Baqarah Juz 2)
D i Yayasan Melaka, saya melihat deretan keris...Ini semasa seminar Warisan Melayu.
Saya tidak tahu apa-apa mengenainya.

Rajin pulak dia bercerita.
Keris yang tertera berharga  lingkungan  seribu lebih.

Keris ada berbagai jenis dan bentuk.
Sekarang ni ramai yang membelinya untuk koleksi.
Peminat nampaknya tak kira pasal harga.
Ada satu keris pendek yang mereka sudah jual berharga RM40,000!
Keris ini menggunakan batu Meteor sebagai bahan utama.
Sisa batu meteor.

Nak tunjuk keris sebenarnya tidak lurus!

Macam-macam.
-

Pesanan untukdiri:
Ingat Malaikat  di kiri kanan kita....


No comments: