Saturday, January 26, 2013

14 RABIUL AWAL -SELAMAT HARI LAHIR KE 20, MD NABIL ADNAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak kami terdaya memikulnya. Dan MAAFKAN KESALAHAN KAMI serta AMPUNKAN DOSA KAMI dan BERILAH RAHMAT KEPADA KAMI.. Engkaulah Penolong kami. Oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'
(Maksud ayat 286 surah Al Baqarah Juz 3.)
Alhamdulillah, Hari Lahir Nabil..Nabil dilahirkan di Utara England. 20 tahun yang lalu.
Moga Nabil jadi anak soleh dan cemerlang dalam segala segi. 
Cuti yang panjang, keluarga kami lengkap, semua balik.
Tidak ada majlis istimewa..hanya makan-makan satu keluarga.
Sebenarnya Nabil suka sangat burger bakar 3 tingkat. ! Tapi di sini tidak ada!

 Nabil ikut saja apa yang adik- abah  suka.
Makan apa yang ada.

Nak bagi hadiah apa ek?...hehe dapat motor dahlah....





Semua orang tumpang gembira.


Mama dan Abah  pun begitu.
Alhamdulillah.
-
'Wahai Tuhai kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka'(maksud ayat 201 surah Al Baqarah Juz 2)

1 comment:

~Emaa Hasnah (^_^)~ said...

salam ziarah..selamat hari lahir buat nabil