Friday, January 25, 2013

13 RABIUL AWWAL - COCONUT SHAKE PALING SEDAP? ( Melaka lagi..)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ( agama) Allah kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit ( pemberian) dan tidak pula menyimpang atau menyakiti ( pihak yang diberi) mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan( dari berlakunya kejadian tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita'
( maksud ayat 262 surah Al Baqarah Juz 3)
Maaflah Melaka lagi.
Laluan ke Pantai Klebang.
Nabil yang syorkan minuman ini. Orang kata sedap sangat!
Kami pun mencuba....
Ianya gerai kecil tepi jalan. Orang mula ramai.
Tengok kepada kotak ice cream yang dah dibuang tu ,macam dah ramai sangat orang  membelinya...


Dalam teragak-agak, saya pun beli... sempat lagi sosek-sosek dengan penjual.
Di belakang saya mula ramai orang beratur.
Mereka dah menjalankan perniagaan ni  sejak  9 tahun lalu .
Saya lihat mereka mencampurkan satu skop ice cream dll bagi setiap pelanggan.
Satu RM 2.50.

Wah , orang ramai terus beratur...

Rasa?
Alhamdulillah. Macam tulah rasa coconut shake!
Anak-anak kata " sedaplah ma"
Berdiri bawah pokok.



Orang terus ramai beratur...

Masa kami lalu jam 4.30 petang, jalan di sini jem! Orang parking sesuka hati.( tapi ni gambar tengahari)
Fenomena coconut shake!
Selain Coconut Shake kita cuba  Chicken Chop di Klebang Besar.
Murah RM 4.00 .Depan masjid dekat gerai rakyat.

Ada juga tahu bakar. Murah RM 2. Sedap...

Ini Cendul di  Bandar Melaka. Rasa ok lah, tapi iklan dalam suratkhabar  ' best in town!'
RM 2.50

Menikmati cendul sambil  tengok cruise lalu di belakang.
Mulanya nak nak cruise tu, tapi bila dah pekena cendul.......
(Cruise RM 10.00)

InsyaAllah kami akan ke Melaka lagi.

Jom kita ke Kelantan dan Terngganu !
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.


6 comments:

Saya Disini said...

sedpnye

Kakzakie said...

Kalau kakak panggil Degan Kak Ju. Boleh tak kita buat sendiri sebab rumah kg kakak banyak kelapa muda ni. Buat sendiri lepas tu scoop aiskrim agak-agak sama tak hihi...

afeezz said...

klu sy ke bandar melaka mesti minum cendul kat sebelah jam besar tu. pas ni klu pi melaka nak try coconut shake plak

Teratak Hami said...

Akak, apasal x ajak saya .. hehe

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Belakang couple pekena cendol,seberang sungai, itulah Hard Rock Cafe. Hebat betul tarikan coconut shake klebang. Kena sabar beratur.Datang ke melaka nanti, hubungilah saya..

Dr Singa said...

oh..
hari tu saya lalu je tanpa tau ianya sangat femes!!