Thursday, January 24, 2013

12 RABIUL AWWAL - STADHUYS, MELAKA.



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan janganlah kamu jadikan ( nama) Allah dalam sumpah kamu  sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan ( ingatlah) Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui.'
( maksud ayat 224 surah al Baqarah)
Masih ada lagi ke perkhidmatan bus keliling bandar ni? Bayarah RM 5.
(Gambar- petikan internet)
Apa ada di Studhuys sekarang?

Bangunan yang dah lama kita kenal dari buku-buku sejarah- Stadhuys
Selalu tengok daripada bahgian sisi.
Masuk RM 10.

Sisi Stadhyus. Ia dibina semasa pemerintahan Belanda 1650 (?)
Sekarang ia dijadikan Muzium.
Di ruang pintu masuk penuh dengan replika wajah-wajah bangsawan hebat zaman dahulu.

Di hadapan bangunan ni banyak beca yang  akan membawa kita bersiar-siar ke tempat-tempat bersejarah.
RM 20 bagi  berkeliling dan mengambil gambar di tempat- tempat  berkenaan.
Disyorkan tanya dalu tentang harga, ada saya terbaca seorang blogger terkena RM 300 lebih!

Jam yang popular. Lupa nak tengok- berfungsi  ke?

Taman yang cantik tapi masih dengan unsur Belanda.

Bunga-bunga tu di hadapan Stadhuys. Di sebelahnya ada bulatan kecil juga penuh bunga dan replika binatang.

Jualan cenderamata pun banyak.

He he saya pun nak posing juga...

Amoi dekat tangga Stadhuys,

Pintu masuk Stadhuys.

Wang Timah semasa kesultanan Melaka.
-

Demikianlah serba sedikit mengenai Stadhuys.


'Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. '
'Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya.'
( maksud ayat 201, 201 surah al Baqarah)

-

HARI KEPUTRAAN NABI MUHAMAD SAW.
Taat kepada Allah
Taat kepada Rasul.

7 comments:

Unknown said...

Ju,
Bila melancong ke Melaka? Kawasan Stadhuys tempat saya bermain waktu kanak-kanak dulu. Cantik tak bandar Melaka. Ju?

azieazah said...

Saya sendiri tak pernah pegi tempat camtu. Belum jauh saya ni berjalan. Melaka tu sekadar lalu saja.

Dr Singa said...

jam tu masih berfungsi
siap boleh berbunyi lagi pada setipa jam

amoi sedondon dengan Stadhuys!!

Dr K said...

Saya dulu selalu lalu sini...Lalu aja...Sampai sekarang tak pernah masuk dlm bangunan Stadhuys ni! ;)

Yunus Badawi said...

Saya tak pernah masuk ke dalam bangunan tu. Pusing2 di luarnya saja .... huhu

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

2 gambar jam tu...jarumnya berbeza

Salam Maulidur Rasul

afeezz said...

assalamualaikum mama

tak pernah plak masuk stadhuys... ade aper kat dalam?