Sunday, December 23, 2012

PERKAHWINAN 3 PUPU SAYA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (istri-istri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari istri-istri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian Dia berikan rezeki yang baik-baik
(Qs. An Nahl (16) : 72).

Sabtu 22/12/12 saya menghadiri majlis kawin di rumah Sdr Khair Adzrai.
Pengantin tu 3 pupu saya.
"Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
(QS. Adz Dzariyaat (51) : 49)

Nazril, mukanya seiras bapanya.
Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. (Qs. Ar. Ruum (30) : 21).

Makcik pengantin Puan Juariah dan Datin Kamaliah.
Wahai manusia, bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu satu diri, lalu Ia jadikan daripadanya jodohnya, kemudian Dia kembangbiakkan menjadi laki-laki dan perempuan yang banyak sekali. (Qs. An Nisaa (4) : 1).

Sama cantik sama padan.
..Maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja..
(Qs. An Nisaa' (4) : 3).


Kek kahwin.
Meja pengantin.

Makanan yang sedap-sedap. Alhamdulillah.

Meriah.


Macam dalam taman.



"Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. JIKA MEREKA MISKIN ALLAH AKAN MENGKAYAKAN MEREKA DENGAN KARUNIANYA. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) dan Maha Mengetahui."
(QS. An Nuur (24) : 32).


Ibu dan ayah Nazril.


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi pelindung (penolong) bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
(Qs. At Taubah (9) : 71).




Tempat bergambar yang cantik.

Bestnya ada buai....yang diikat pada pokok tinggi.
Jumpa pokok Kayu Manis!
Yang menariknya di Shah Alam ni, pokok-pokok ada label nama. Satu lagi tong sampah pun serupa, semua kuning.
Rumah pengantin di Jalan Cekak  Musang 10/2 tak jauh dari masjid Shah Alam.
Jadi  bersembahyang di sini.
Alhamdulillah.


-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Fikir dan zikir.



5 comments:

che mid said...

Salam, tak puas lah tengok gambar pengantin.. baju cantik!!

afeezz said...

assalamualaikum mama : tahniah kepada mempelai..

TUN TIJAH said...

Salam....seronok bila menghadiri majlis sebagini kerana waktu ini kita boleh berjumpa dengan saudara mara.
Besan saya pun menetap di Shah Alam (Seksyen 8).

Dr Singa said...

salam awak..

lama tak singgah sini
sibuk..kat sepital ..
:)

macamana kira tiga pupu eh..?

azieazah said...

Dr Singa, saya rasa yg disebut 3 pupu tu ialah, anak saudara kepada sepupu Mama Ju. Agaknya laaa...

Apapun tema Purple tu sangatlah cantik!