Tuesday, November 6, 2012

PANTAI DI KAMPUNGKU (PANTAI PUNGGUR)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wasiat Rasulullah saw kepada Fatimah Az Zahra - maksudnya.
'Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila dia meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur, akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian taman syurga. Allah memberi pahala kepadanya sama  dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.'
( Sumber- Biografi Rasulullah - Mustread)
Balik kampung!
Saya sukakan pantai. Ini satu-satunya pantai terdekat di kampung saya.
Dulu pantai ni bersih,
Batu-batu penahan ni tiada...


Pantai ni terhakis.. Sedikit sangat tempat boleh cecah kaki ke gigi pantai.
Semua ada penampan.

Di pantai ini ada kedai-kedai makan.
Saya agaklah, kedai ini dibuka malam hari.
Dengarnya, malam pun ramai orang berkunjung ke sini.



Jom menghayati keindahan pantai.
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempunakan ketaatan kepada perintahMu. YaAllah, kurniakan kami iman yan sempurna.Amin.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jom kita banyak-banyak berselawat.

6 comments:

Kakzakie said...

Anak kakak kan sekolah di Sek Agama Bugisiah Kak Ju. Kata anak kakak dekat dgn pantai ini tapi kakak tak jumpa.

Nampak cantiklah..

Wak Gelas™ said...

salamm, wak pon penah dtg tangkap sunset kat pantai punggur nii.. Ihikks

rosli said...

Mmaju,

Ni kampung suami di Kelantan atau kampung Mamaju di Johor

eda_ej said...
This comment has been removed by the author.
kaknor tmj said...

salam sejahtera Ju
seronok duduk tepi laut tapi sayang tiada berpantai, inikah tempat Orang Laut menjual barang2 terpakai tu?

ainhany said...

salam mamaju,

bestnya di tepi pantai....sepoi2 bahasa anginnya...ermmm pandai mama berposing ye...:)