Friday, October 12, 2012

ZULKAEDAH 26 - EMAK KE HALFEST

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kata Jarir bin Abdullah:

“Sejak aku menjadi muslim, tidak pernah Rasulullah s.a.w berjumpa denganku melainkan senyum padaku” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata Abdullah bin Al Harith:
“Aku tidak pernah melihat seseorang lebih banyak senyuman daripada Rasulullah s.a.w” (Riwayat al-Tirmizi, sahih).

Dalam sebuah hadih Ibn Majah- Rasulullah saw apabila  Baginda berjabat tangan dengan seseorang , Baginda tidak akan menarik tangannya sehinggalah orang itu menariknya.
Halfest lagi di PWTC. Ada 700 gerai. Emak, saya dan Syira ambil peluang ke sana.
Tengok apa yang patut.
 Karya artis tu ,99 Asma Husna yang besar tu lebih kurang RM 5000...


 Saya ni bodyguard emak je.
Tiap tahun emak mesti ke Simply Siti.
Tengahari Sabtu, Dato Siti akan berada di gerai tersebut.

Macam-macam emak beli. Emak menjenguk ke gerai tuppaware juga.
Heem, mestilah beli....

Gerai Macaroon, Saya suka,
Maracoon sebesar 20 sen, dijual dengan harga RM 2, oklah berbanding di luar RM 3-4


Di sini menjual rendang Tok dan santan kelapa sawit, Belilah juga.
Emak beli nasi lemak RM 8,50

Ini kedai Muniff Hijaz,
Emak beli banyak minyak wangi.
Anak- anak yang sambut emak balik ke kampong nanti, adalah hadiahnya!

ADABI ada inovasi baru. Ada jemput-jemput nanas yang sedap dan keju.
Hehe sardin pun emak beli. Murah, RM 1.70 satu.

Di pentas ada muka-muka popular- Dato AC Mizal, Chef Jaafar dan Chef Zam dengan berbagai gelagat;

Saya  ambil peluang untuk tahu cara buat karipap pusing. Nampak mudah.
Karipapnya kecil- keciil.
Satu seringgit. Emak beli 15.


Gerai ni bukanlah buat deko kek. Ia adalah mengedar macam-macam barang...

Syira mencuba....bola masuk lubang dapatlah hadiah.


Ini halwa gula batu. Cantik cara mereka mempersembahkannya. Bawah tu ada lampu..

Jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan pun ada.
Amanah Raya memberi diskaun bagi sesiapa yang ingin menghantar borang - dari RM 350 ke RM 199! Tawaran sehingga Disember 2012.( daftar dulu di sini)

Dah habis pusing  kami balik denga LRT.
Alhamdulillah.

Dalam perjalanan- dah lama saya tertarik dengan gerai di atas bumbung ni.
Oh rupanya Raggae Mansion. Ia merupakan  semacam hostel bagi backpacker.


Jom ke Halfest!

Segala puji bagi Allah.
Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah, keluarga dan sahabat.
Ya Allah, ampukanlah dosa kami.
Akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik.
Kami berlindung dari segala bala bencana, daripada mendapat kecelakaan berpanjangan dan kesudahan yang buruk.
Kami berlindung daripada mengidap segala penyakit dan harapan yang menghampakan.
Kami berlindung daripada kejahatan akhlak dan pandangan yang buruk pada harta kami, keluarga kami dan anak-anak kami.
Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat.
Jauhkanlah kami dari azab kubur dan api neraka,

Anugerahilah kami dengan rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pengurnai.
Amin.

4 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama

wow... sakan mak shopping.. hehehe

Kakzakie said...

Amboi mak... perfume pun mak angkut bawa balik juga ye. masing-masing dah tunggu tak sabar bila mak balik:)

razijohari said...

......alhamdulillah mak sihat dan bersemangat....

ainhany said...

salam mamaju,

amboi ...puas htilah ye bawa mak jalan2..Borong je mak..alang2 bawa bodyguard tuu...hihii

pasni pi mana pulak??