Friday, October 5, 2012

ZULKAEDAH 19 - SIRI NABI KITA SAW


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Duit RM 1 berlatarkan gunung kinabalu dah naik taraf ke RM 100!


Dalam satu riwayat yang bersumber daripada Hasan bin Ali ra, beliau pernah bertanya kepada bapa saudaranya Hind bin Abi Halah tentang sifat Nabi saw. Hind menjawab,( maksudnya)

Rasulullah saw adalah seorang yang berjiwa besar dan berwibawa.
Wajahnya cerah bagaikan bulan di malam purnama.  Baginda lebih tinggi dari orang yang pendek dan lebih pendek dari orang yang tinggi seta berjiwa pelindung.

Rambutnya bergelombang. Apabila Baginda menyikat rambutnya, maka dibelah dua. Bila tidak , maka hujung rambutnya tidak melampaui daun telinga. Rambutnya disikat dengan rapi sehingga namapk selalu bersih.

Dahinya lebar, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Di antara keduanya terdapat urat yang nampak kemerah-merahan ketika marah.

Hidungnya manchung, di puncaknya ada cahaya yang memancar hingga orang yang tidak mengamatinya akan mengira puncak hidungnya lebih manchung.

Janggutnya tebal, kedua pipinya gebu, mulutnya lebar ( serasi dengan bentuk wajahnya).giginya agak jarang teratur rapi. bulu dadanya halus, lehernya jinjang dan tegak bagaikan leher kendi.

Bentuk badannya sederhana saja, badannya berisi, perut dan dadanya sejajar, dadanya bidang, jarak antara keduanya lebar dan tulang sendinya besar. Badannya yang tidak ditumbuhi rambut nampak bersih bercahaya. Dari pangkal leher sampai ke pusat tumbuh bulu yanag tebal bagaikan garis.
Kedua hasta, bahu dan dada bahagian atas berbulu halus. Kedua ruas  tulang tangannya panjang. telapak tangannya lebar. Jari jemarinya panjang. lekukkan telapaknya kakinya tidak menempel ke tanah. Kedua kakinya licin sehingga air pun tidak melekat.

Bila berjalan, diangkat kakinya dengan tegap. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan sopan. Jalannya cepat seakan baginda turun ke tempat yang rendah. Bila Baginda menoleh kepada seseorang , maka akan memalingkan seluruh badannya.

Pandangan matanya  terarah ke bawah hingga pandangannya ke bumi lebih lama dari pandangannya ke langit. Pandangannya penuh makna.

Bila ada sahabat berjalan, maka Baginda berjalan di belakangnya dan bila berselisih maka Baginda menyapanya dengan salam.
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.



3 comments:

razijohari said...

Banyakkan selawat pd Rasullullah saw!

Kakzakie said...

Allahuakbar... memang tak terkata betapa baginda tidak ada tolok bandingnya..

TiranaAduka said...

seronok bace