Friday, October 5, 2012

IKAN TERUBUK SARDIN CARA BUGIS DAN BUNGA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
 Rasuylullah saw bersabda yang maksudnya
'Sesungguhnya seutama-utama manusia dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku'
(Riwayat An Nasai' dan Ibnu Hibban)
'Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat'
(Riwayat Thabarani)
Baru 4 kali saya mencuba masak terubuk cara Bugis.
Terubuk direbus dengan api perlahan sehingga 8 - 12 jam.
Di bawah ikan itu disusun tebu yang telah di buang kulitnya.
Bila tulang-tulang ikan dah lembut ( boleh dimakan), bolehlah  ikan ini dimasak  , biasanya mereka  masak asam pedas.

Kali ini saya cuba buat kari terubuk .
Siapkan kuah dahulu,kemudian masukkan ikan, jangan dikacau takut ikan hancur.

Cubalah...

Masih dengan bunga. Ini orang panggil lidah kucing.
Selalu jadi pokok pagaran. Cantik, tiap hari berbunga.
Hidup dengan keratan batang.
Masih dengan ros Jepun yang berlapis dan putih tu selapis saja.

Pokok ini juga berbunga lebat. Ia menjalar memenuhi ruang .



Kemuning, baunya wangi. Pokok zaman dulu.


Pokok kekacang. Menjalar di tanah.

KAK ZAKIE! Pokok Plumeria ni memang pokok kemboja!




Akar Dani- tak berapa lebat..

Teratai. Jangan lupa letak Ebate!



Petunia.

Masih bunga yang sama!

Rasulullah bersabda yang maksudnya "Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat ke atas Nabi"
(Riwayat Ad Dailami)


- Sebarkan salam dan semarakkan amal.

6 comments:

afeezz said...

banyak nyer munge...

Kakzakie said...

Lama rebus ikan tu tak hancur ke Kak Ju. Bagus juga nie. Kalau kakak tapi macam tak sanggup nak tunggu berjam-jam..

Oh... kakak manalah tahu nama scientificnya... cantik-cantilah bunga Kak Ju.

mamaina said...

pernah baca artikel about kajian makanan org2 bugis. ikan yg dimasak 8-12jam bersama rencah2. teringin nak cuba tapi tak sanggup tunggu jam.

mama ju, said...

mama, farah dah tukar header. tapi tak center pulak heee

mama ju, said...

Trerimakasih semua.
Wah, Farah dah masuk kat 'mama'!

TiranaAduka said...

bunga2 yg indah