Sunday, October 21, 2012

ZULHIJJAH 5 - PANTAI DI PUTRAJAYA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ummu Al Alla berkata Rasulullah saw telah menjengukku ketika aku menderita sakit . Baginda bersabda yang maksudnya " Bergembiralah wahai Ummu Al Alla, sesungguhnya dengan sakitnya orang Muslim itu akan menghilangkan kesalahan dosanya seperti api yang menghilangkan karat emas dan perak."
(Hadis riwayat Abu Daud)
Pantai yang mengasyikkan...
Pantai di Putrajaya?
Ini sebenarnya masih di Taman Wawasan.
Konon-kononlah pantai.....
Ada wakaf untuk bersenang-senang.

Jalan  yang dikelilingi pokok-pokok cantik.

Berehat seketika.
Berangan sambil memerhati banglo-banglo di depan mata...
Tak jauh daripada banglo, ada perumahan baru...Harga?
Saya menelefon Putrajaya holding- Rumah di hadapan RM1.6 juta.( 2 1/2 tkt). Di belakang RM 888,000. Ini bukan banglo tau...







Nun di sana, JPM.





Jalan khas untuk basikal dan pejalan kaki . Tapi nampak ada yang bawa motosikal!


Alhamdulillah.

Wasiat Rasulullah saw kepada Saidina Ali,
"Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hambaNya yang melafazkan istiqhfar."
"Tuhanku ampunilah dosaku sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau"

Allah berfirman maksudnya " Hai malaikatKu, sesungguhnya hambaKu ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikatKu, jadilah saksi bahawasanya aku telah mengampunkan dia"
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

7 comments:

kaknor tmj said...

Wow......cantiknya view di tepi pantai PJ ni, tk atas informasi, teringin nak berehat di tepi pantai tu, boleh pergi dgn kereta ke

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Banyak tempat tempat indah di Putra jaya. Semoga dijaga dengan baik.

Mak Wan said...

indahnya Putrajaya..syukur lillah

azieazah said...

Betul betul macam pantai, kan?

afeezz said...

assalamualaikum mama : pantai? wah...

Kakzakie said...

Tapi kakak hairan pokok kelapa dia macam malu-malu nak berbuah. Atau tak sempat besar dah kena ambik :)

Kesuma Angsana said...

cukup2 indah ye