Wednesday, October 31, 2012

DUIT 1 SEN ZAMAN TUN MAHATHIR



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku, maka dia (Jibrail) berkata : Barang siapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari umatmu, Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat  Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya( membalas) yang seumpamanya"
(Hadis riwayat Ahmad)



Mengikut buku ' A Doctor in the house'  Tun Mahathir menyatakan beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925. Tetapi menurut Laman Web Kerajaan Kedah dan Laman Web Perpustakaan Negara, beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925.

Anda ingat lagi duit 1 sen?
Duit syiling 1 sen tahun 1920 . Pada 29/ 4/ 2011 ditawarkan untuk dijual dengan harga RM 755
-


Pada masa dahulu duit 1 sen sangat bernilai!
Menurut Tun Dr Mahathir , jika beliau mahukan sesuatu, ibunya akan memberi upah 1 sen sehari jika beliau   menolong mengangkat air untuk menyiram pokok bunga melur ..

Jika beliau memberi makan ayam dan itik ke dalam reban sebelum senja , memotong dan membelah kayu api, ibunya juga akan memberi 1 sen sebagai upah.

Apabila bapanya bersara, wang sakunya dipotong dari 4 sen kepada dua sen sehari.
Beliau berusaha mencari duit tambahan. Beliau menjual belon kepada kawan-kawan. Belon dibeli dengan harga 2 sen- 3 belon, kemudian menjualnya dengan 1 sen 1 belon.
Dengan keuntungan 1 sen, beliau dapat membeli sepinggan NASI BERLAUK KARI!
Namun kadang kala beliau dibuli, ada jiran yang sama bersekolah yang akan mengajaknya ke kantin dan memaksanya belanja makan. Jika enggan akan kena tumbuk!
Tun Mahathir takut  kerana jirannya budak yang kuat dan ayahnya bekas pegawai polis...

Rugi saya tidak bertanya kepada bapa mertua apa yang dia buat dengan duit 1 sen dahulu. Beliau lahir pada 1917. Saya hanya dapat menggali sebahagian kisah zaman silam seperti zaman beliau belajar dengan Tok Kenali dan salsilahnya.
Kini beliau sudah kurang/ tidak mengenal dunia lagi...

-
Jom banyak-banyak berselawat.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

6 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama

sy ade lagi simpan duit 1 sen ni, duit syiling rm1 pon ade sy simpan.. wat kenang2an

Mak Wan said...

Assalamualaikum Mamaju

Terima kasih ...N3 yang berkesan di hati Mak Wan....kisah duit 1 sen Dr Mahathir
Mak Wan masih guna duir 1 sen masa sekolah darjah 1..beli air harganya 2 sen

Dr K said...

Salam Mamaju..

Besar nilai 1 sen zaman zaman dahulu kan...Sekarang ni, tak wujud pun 1 sen tu!

Kakzakie Purvit said...

Belum lama lagi kakak masih simpan duit satu sen bila bayar bill masih guna sebab itu rasanya 2 tahun lepas baru kakak masukkan bank semua duit 1 sen kakak di bank bila dikatakan nilai akan digenapkan..

nadbaptist said...

betapa besar nilai duit 1 sen dulu kan..masih ada lagi baki duit 1 sen dalam dompet lama..kalu dikira2 byk jugaklah..saja kumpul nk kasi anak cucu cicit..hehe

azieazah said...

Mak saya pernah citer, dulu beli nasi lemak or bihun sebungkus besar cuma 1 sen!