Tuesday, October 30, 2012

KELAPA SAWIT, AKU DATANG!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az Zahra-( maksudnya)
"Ya Fatimah, yang lebih utama daripada segala keutamaan adalah redha  suami. Andai suami tidak redha, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah."

"Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah menghalangnya dari minum air telaga kautsar pada hari kiamat kelak"
Kelapa Sawit sebenarnya nama sebuah pekan! Jauhnya kira-kira sejam perjalanan dari rumah emak , tapi inilah pertama kali saya tahu nama pekan yang unik ini.
Ia berada dalam kawasan Kulaijaya.
Redup dan nyaman.

Kami berziarah ke rumah baru Sdr Mat, adik kepada adik ipar.

Tuan rumah baru duduk sehari!
Taman Scintek ini belum ramai penghuni.

Suka tenguk awan, tapi abaikan gambar yang kelabu ni....
Macam-macam makanan ada.
Alhamdulillah.

Lain dari yang lain rekabentuknya.

"Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah  menjadikan  dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah"

"Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapa suami melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih"
(Sumbe Biografi Rasulullah- Mustread)

-
Kita berselawat banyak-banyak...
Sebarkan salam dan semarakkan amal.






5 comments:

afeezz said...

hahaha... saya tau tmpt ni. penah lalu...

Kakcik Nur said...

Cantiknya jalan masuk yang dinaungi pokok2 itu. :)

Kakzakie said...

Kakak dah selalu lalu situ Kak Ju bila balik tak ikut highway.

Cantik rumah baru dia. Kakak tahu Taman Scientex tapi tak pernah pergi pun.

Daddy Ziyyad said...

hihihi..dulu masa 1st time saya lalu kawasan Kelapa Sawit ni pun, saya gelak dengar namanya...

Unik & cantik juga design rumah tu

Maiyah said...

sy x prnh le gi sini
klau nk ajak bleh ajerr ngeeee :$