Tuesday, September 25, 2012

ZULKAEDAH 9 - LELAKI ITU IMAM SHAFIE....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesustu apa jua, hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang engkau miliki. Sesunggunya Allah tidak suka orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri,'
(Terjemahan surah An Nisa ayat 36 Juzuk 4 )

Imam Shafie.
Nama sebenar beliau ialah Muhamad bin Idris bin Abdullah bin Uthman bin Shafie bin Said bin Abdul Yazid bin Hashim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf bin Qusai. (MIASSAHAAQ). Ayahnya berasal dari kerturunan Quraisy daripada Bani Mutalib. Beliau bergelar Shafie kerana menurut saudara tertua daripada keturunan Idris berkata wajahnya seperti wajah moyangnya yang bernama Shafie.Dikatakan wajah moyang beliau mempunyai wajah seiras Nabi Muhamad saw.

Imam Shafie dilahirkan di Gaza, Palestine pada 150 Hijrah. Ada yang mengatakan  beliau lahir ketika kematian Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi). Pemerintah ketika itu ialah Khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari Bani Abassiah.

Imam Shafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Bapanya meninggal di Palestine dan kemudian ibunya membawa beliau kembali kepangkuan keluarga di Mekah. Ketika kecil beliau bermimpi bertemu Nabi Muhamad saw. Beliau merasakan daya ingatannya sangat kuat hingga sekiranya ada catatan setinggi gunung pun dapat dihafalnya. Beliau mendalami ilmu Al Quran.Ketika berusia 9 tahun beliau telah menghafal Al Quran. Beliau mendalami Al Quran di Masjid Haram bersama  IMAM ISMAIL KUSTANTANI. . Imam Shafie juga belajar dan bersyair dengan Mas'ab bin Zubair, beliau menghafal 10,000  syair kaum bani Huzair.(3 bulan).

Ketika 15 tahun beliau mengajar dan memberi fatwa di Masjid Haram.
Beliau terus belajar, belajar ilmu Hadis dan menguasainya dengan IMAM SUFIAN AINIAH
Belajar ilmu Feqah dengan IMAM MUSLIM AL ZANJI.( belajar feqah perlukan catatan, beliau tidak mampu, jadi menulisnya di pelepah tamar, kulit kayu dan kertas terbuang.menulis di telapak tangan kiri dengan jari telunjuk.Gurunya menduga apa yang ditulisnya, ternyata apa yang dibaca semuanya benar.).Akhirnya beliau diakui boleh mengajar dan boleh memberi fatwa mengenai hukum-hukum agama.

Imam Shafie bersama kawan-kawannya juga bekajar ilmu peperangan dengan AMIRUDDIN belajar menggunakan senjata dan memanah.


Imam Shafie menghafal kitab At Muwatta' karangan Imam Malik. Beliau akhirnya berguru denga IMAM MALIK BIN ANAS di Madinah.

Sumber - Imam Shafie oleh Abd Latip Talip PTS RM24 dan Riwayat hidup 4  Imam mazhab , Susunan Tarikuddin Hj Hassan- Jaha bersa RM 59.00


 Bersambong.....insyaAllah.
-

'Masa hidup di dunia ini adalah terbatas dan masa yang terbatas ini harus diguna untuk melakukan amal kebajikan dan untuk menanam benih yang mendatangkan hasil yang memuaskan.
Masa hidup sesudah mati adalah tidak terbatas, apa-apa yang ditanam  di sini , itulah yang akan dicapai di sana.'  ( Kitab Fadhail Amal)




7 comments:

Ayah Zain said...

as salam mamaju

terima kasih atas info

Norhaizan said...

Beliau memang ulamak yg hebat.

Anonymous said...

assalammualaikum

terimakasih banyak info yang diberi dgn bahasa yang mudah difahami

Kakzakie said...

Kakak ada buat juga N3 tentang Imam Shafie ini lama dah tapi masih dalam draft sebab masa beli buku Pak Latif beria-ia nak jadikan N3 last sampai ke sudah terus dalam draft.

Membaca kisah imam Shafie benar-benar menyentuh hati kita bagaimana gigihnya beliau belajar dgn kecerdikan beliau yg luarbiasa itu.

Marya Yusof said...

As salam mamaju,

Setuju dgn Kak Zakie, Marya pun suka baca kisah Imam Shafie ni... Dulu2 masa sekolah menengah cerita2 ttg beliau sgt2 menarik perhatian Marya... Bijak, cerdas & ilmuwan yg dikagumi sehingga hari ini... Gigih betul beliau menuntut ilmu...

win3 said...

aku suka baca kisah kisah seperti ini. nice

kak ina kl said...

salam ziarah Ju

info yang bagus untuk di kongsi bersama..syoknya dapat makan kueh dangai camtu..