Sunday, September 23, 2012

ZULKAEDAH 7 - MASA UNTUK BERKARYA...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda ( kekuasaann, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah ) bagi orang-orang yang berakal. ( iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi ( sambil berkata):" Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." Wahai Than kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh seorang penolong pun'
(Terjemahan ayat 190, 191, 192 surah A li Imraan Juzuk 4 )



Alhamdulillah, kami menerima tamu lagi.
Si kecil ni terus sahaja ke bengkel untuk berkarya....
Hehe ada juga anak-anak yang datang berkata " Ummi, nak kursus melukis dengan makcik Ulfah!"

Suka tengok gelagat Ayip dan Yana ni...

Jumpa benda alah ni pulak...
Posing masa mood elok.

Buku ni Yana juga yang beli semasa pesta ' Big Wolf' dulu.


Lukislah sampai tak larat...


Yana memang kreatif, maklumlah dia dah darjah dua.

Ayip, 4 tahun.

Buat sampai tak larat! " Penatlah..."
Mereka tak kisah pun, emak ayah makan dibawah.
Masa untuk balik!
Terimakasih kak Ulfah, nanti kami datang lagi!



Terimakasih Amin dan Siti yang sudi ziarah.
Amin sekarang menjadi co partner GOLD CAFE di Nilai Putra . Masakan istimewa di situ adalah nasi Beryani.
Jom pekena..


" Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru ( Rasul ) yang menyeru kepada iman, katanya : 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu' maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama-sama orang yang berbakti. Wahai Tuhan kami, Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasul-Mu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat: sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
( terjemahan ayat 193, 194 surah A li Imraan)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

razijohari said...

Assalam..... Tahniah utk semua.....moga diberkati segala usaha!

Kak Izan said...

anak2 pewaris kan mama :D

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

anak2 akan ajak ibu bapanya lagi untuk datang kerumah mama, sebab mereka ada aktiviti dan gembira