Tuesday, September 18, 2012

ZULKAEDAH 2- KEDAI VINTAGE (LORONG SAMA DGN KEDAI KREATIF)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dihias ( dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu  iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak: harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak: kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih: dan binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya ( iaitu Syurga)
(Terjemahan ayat 14 surah A- Li ' Imraan Juzuk 3)



Nama kedai pun unik.
Saya rasa pemiliknya berbangsa cina.

Kedai makan ni nampak betul-betul vintage....senarai makanan di tulis dengan kapor..

Kerusi meja memang nampak lama.. Nampak macam caca marba.
Tapi saya nampak ada keunikan di situ...

Macam guna barang kitar semula.
Saya teringat zaman dulu-dulu....
Saya suka.

Pintu masuk pun ada gaya tersendiri.
Saya tak pernah lagi jumpa kedai  makan vintage seperti ini.
Saya pandang berkali-kali!

Kedai gunting ni tak berubah, tetap seperti dulu ...
Di lorong yang sama, ada Pondok Indonesia dan restoran Melayu Johor.


Ini bukanlah kedai berciri vintage tapi saya terpikat dengan namanya. Ia kedai assesori telefon.

'Katakanlah ( Wahai Muhamad) " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.'
(Terjemahan ayat 29 surah A-Li Imraan)
-
Sebarkan salam da semarakkan amal.

2 comments:

Kak Izan said...

Kat mana nie mama ju :D

azieazah said...

Kat area mana ni? 03-77.... hmmm tak sure, tapi saya teringin nak pegi. Sebab kerusi rotan tu sama macam kerusi kami masa kecik kecik dulu!