Monday, September 17, 2012

ZULKAEDAH 1 - KEDAI KREATIF, UPTOWN D'SARA UTAMA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(INGATLAH) hari ( kiamat yang  padanya) tiap-tiap seorang akan mendapat apa saja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia ( dibentangkan) padanya dalam surah-surat amalnya dan demikian juga apa juga kejahatan yang telah dikerjakannya) ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkansupaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan darinya ( menyeksa kamu) . Dan ( ingatlah juga)  Allah amatbelas kasihan kepada hamba-hambanya.(Terjemahan ayat 30 surah A Li 'IMRAN Juzuk 3 )
Kami mengikut Farah Nabihah ke Hello Deer  Uptown, Damansara Utama

Ia merupakan satu lot kedai.Helo Deer  menyediakan tempat ini untuk berbagai-bagai 'event'
Jualan kecil-kecilan seperti ini ( masing-masing ada meja), workshop atau party.
Saya suka tengok deko Hello Deer.
Gambar Fatimah Ulfah di pintu masuk.
Kebanyakan yang menjual barangan adalah anak-anak muda dengan hasil rekaan masing-masing.
Fatimah menemui rekaan buku catatan yang unik.
Sebagai pengumpul buku catatan tentulah peluang memilikinya tidak di lepaskan.

Pakaian dan perhiasan wanita pun banyak.

Cufica- Khat, Simple tapi agak  mahal.( pada sayalah..) RM 400 ke atas dan RM 1200 ke atas.

Japanese cotton.


Kami terpikat dengan nama ini.
Antara barangan yang dijual. Hiasan badan tu di buat sendiri.
Farah suka dengan gelang yang di reka.



Ini di gerai saudagar tadi.

Ini kedai sebelah, Melihat kepada reka letak, saya rasa masih di bawah pengurusan yang sama.
Saya sangat terpikat dengan persembahan kedai ni...

Sebenarnya ianya hanya sebuah kedai cup cakes.

Nak order beratur kat sini...

Kedai cup cakes tapi jual buku catatanlah......
RM 49.90 mahallah Ulfa....

Tin nostalgia...selalunya di kedai mamak berisi biskut. Di sini diisi barang mainan.



Pemandangan masuk ke dapur.



Ruang makan dengan pelbagai gaya baik hiasan di dinding atau kerusi meja.

Ini kedai katering cup cakes, kedai antara Hello Deer dan wondermilk.
Alhamdulillah.
-
' Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian ( yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(Terjemahan ayat 92 surah A lI- Imraan Juzuk 4 )
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


3 comments:

Marya Yusof said...

As salam mamaju,

Cantiknye deco2 yg ada di Hello Deer tu... Cufica Khat tu apa ye?? Tulisan Khat yg di dinding tu ke? Mahal banget tu...ada ke yg nak beli... maybe ade sb dia jual semahal itu kan...ermmm....

kaknor tmj said...

Salam JU
'gerai' konsep baru, sungguh kreatif anak2 muda tu, kedai cupcake juga unik...

afeezz said...

assalamualaikum mama : macam best jer kedai hello deer tu... damansara utama tu kat maner ek?