Thursday, September 13, 2012

SYAWAL 26- WETLAND, PUTRAJAYA, KAMI DATANG!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka  ke pihak timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari Akhiraat dan segala malaikat dan segala kitab dan sekian Nabi: dan mendermanya seseorang akan hartanya- sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjakannya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat: dan perbuatan  orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berbuat perjanjian: dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. ( Orang-orang yang demikian sifatnya)  mereka itulah orang-orang yang benar ( beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka juga orang yang bertaqwa.
(Trejemahan ayat 177 surah Al Baqarah Juzuk 2)

Kami datang lagi ke Taman Wetland!
Ini antara pot kami berbasikal. Best di sini, Kalau nak berbasikal, boleh bawa basikal sendiri atau boleh sewa basikal di sini.. Tapi kalau hari cuti susah sikit, kekadang kena beratur atau tunggu ..hari cuti RM 4, hari biasa RM2 bagi satu jam.

Jom kita mula bergerak. Taman ini terbahagi kepada dua. Taman Wetland seluas 138 hektar dan kawasan Wetland seluas 1977 hektar. Wetland ini merangkumi habitat yang berbeza-beza iaitu kawasan air terbuka, kawasan rawang dan hutan paya.
Memang sangat menarik di sini. Jika berbasikal kita boleh ke mana-mana dengan langkah yang lebih panjang!

Dari tempat letak kereta, kami berbasikal menuju ke terowong kecil, kemudian menuruni tanah tinggi.  Laluan di kiri kanan pohon bambu.


Akhirnya kami menemui tasik/ paya. Berkayuhlah sepanjang jalan ni. Kadang-kadang kami melalui jalan kerikil.
Damainya...


Kelihatan istana hinggap Yang DiPertuan Agung.

Ini buku terbitan Putrajaya Holding.
Pohon bambu juga ada di kolam .

Bangau .



Puas berbasikal hingga kelihatan di seberang IOI Resort! 
Banyak pokok-pokok bercabang. Boleh panjat pokok?
Heh, suami saya pun cuba...berehat sekejap sambil baca-baca..
Macam-macam boleh dilakukan di sini, menghayati keindahan alam, berjogging, bercamping, membuat kajian ...

Sila hubungi pihak Wetland Putraya untuk keterangan lanjut.
-
Alhamdullilah.
Satu lagi tempat damai ciptaan Allah.

Ya Allah tunjuki kami sebagaimana orang yang Engkau tunjuki.
Sihatkan kami sebagaimana orang yang Engkau beri kesihatan
Pimpinlah kami sebagaimana orang yang Engkau pimpin
Berkati kami pada apa yang Engkau berikan kepada kami
Lindungi kami dengan rahmatMu daripada kejahatan apa yang telah Engkau pastikan
Ya Allah, ampuni kami, terimalah sembahyang kami, Masukkan kami ke syurgaMu dan Jauhkan kami dari api nerakaMu.
Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Amin.

3 comments:

kaknor tmj said...

Salam Ju,
Subhanallah..... sungguh cantik pemandangan wetland,.... ya, sungguh mendamaikan. Beruntunglah Ju dapat sering ke sana bersama keluarga

Kakzakie Purvit said...

Cantiknya Kak Ju.. abang tu siap panjat pokok lagi. Adik sengih mesti kalau boleh semua dia nak round. Kalau pandai kayuh basikal mesti best kan.. jeles kakak tengok Kak Ju terror kayuh tu:)

azieazah said...

MAMA JU, best nya dapat kayuh beskal camtuh. Panorama yang mendamaikan. Release tension betul niii