Thursday, September 6, 2012

SYAWAL 19 - OPEN HOUSE? TAK DE LAH....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemurah.
'....Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskindan katakanlah sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat'
(terjemahan ayat 83 surah Al Baqarah 1)


Alhamdulillah. walaupun kami tak buat rumah terbuka untuk raya, ramai juga yang berkunjung ziarah kami.
Itu Ustaz Aziz, Pengetua SMKA Yan, Kedah dan isteri. Mereka datang dari Rawang.

Sedang duduk bual-bual, muncul  Ustaz Zainul, Pengetua SMKA Slim River dan isteri.

Alhamdulillah, moga ukwah terus terjalin.
Ini kawan Nabil.  Dua lagi  tiada  dalam gambar.


Nadiah dan Najihah pun ada.

Sibuknya dia.....

Makan sampai pejam mata...

Seronok berkumpul ramai-ramai.
Ini Sdr Adib Mohd Nor. Beliau pangkat cucu dengan suami saya.
Sdr Adib bercerita mengenai pengembaraannya ke Holland dan UK.
Beliau sempat berbasikal di sana.
Dari dialah kami belajar berbasikal!
Beliau orang kuat persatuan 'urban rider' Putrajaya.

Ayah hampir terlena di samping Adlina.

Biras saya, Sdr Mat Yatim dan anak saudara.



Makanlah....


Maaf kepada yang tidak ada dalam gambar.

'Sesiapa  yang berpagi-pagi dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah punyai apa-apa urusan untuknya dan sesiapa yang tidak mengambil tahu berkenaan uruasan kaum muslimin yang lain, tidaklah  mereka dalam kalangan mereka.'
(riwayat Tabarani, Majma' Az Zawaid )
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

kakcik said...

Cantik rumah MJ. :)

Mak Wan said...


Ya ...memang cantik rumah Ju ni .tetamu pun ramai...bebaloi2 beli rumah mahal2.

pB said...

cantiknya rumah

Kakzakie said...

Dah terbukalah tu rumah sebab tetamu datang tak henti.

Kalau kakak dapat sampai rumah mak yg kat BP pun jadilah Kak Ju. Teringin benar tapi tak tercapai lagi..