Monday, September 3, 2012

SYAWAL 17 -MAJLIS USTAZ DON DI KUIS.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemurah.
'( ingatlah) bahawa kehidupan dunia ( yang tidak berdasarkan iman dan taqwa ) hanyalah ibarat permainan dan hiburan: dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu  ( melainkan untuk menberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). (Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu serta mendesak kamu memberikannya nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.'
(terjemahan ayat 36,37 surah Muhamad 26 )


Satu lagi majlis kawin Ustaz Don Danial yang di adakan di KUIS pada 1 hb Setember 2012.
Gambar-gambar daripada facebook..

Khusyuk memohon doa.
Dalam satu temuramah ty " Dah seminggu saya berkahwin, saya takut..... syurga dia, syurgalah saya.." ( lebikurang macam tulah yang saya dengar). Dalam maksudnyakan....
Gambar terbaru daripada blog Atuk Phd. uStaz beri ceramah di pejabat Atuk  4/9/12.
http://atuk-phd.blogspot.com

Saya  jumpa tulisan di bawah di blog Azie Kitchen yang diambil dari facebook Nadia Photography mengenai majlis Ustaz Don. Moga ada manfaatnya.


Daripada Abi Masud RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya " Sesungguhnya sebahagian daripada apa yang telah di kenali orang daripada ungkapan kenabian yang pertama adalah : jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu"
( riwayat Al Bukhari dan Abu Daud)

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

5 comments:

Kak Izan said...

boleh di jadikan panduan ... emmmm :D

mamaina said...

saya setuju 100%. masa saya nikah 15 thn dlu pun mati2 saya tak bagi suami bagi hantaran kasut..kasut bukan tempatnya di atas dulang. itu prinsip saya. bab mekap tebal2 ni saya rimas dan pantang...memang kena bebel macam2 mak andam sebelah sana...hahaha

kaknor tmj said...

salam Ju,

Begitulah perkahwinan orang berilmu dan beriman, patut diambil ikhtibar

Mak Wan said...

Assalamualaikum Mamaju

Majlis yang penuh barakah............ikut sunnah.syukran .

eda_ej said...

dulu mase jd pengantin ade org bising kenapa saya tak mo buat malam berinai.. sampai ade makcik2 yang cite itu dan ini.. sy tak suke.. macam org bodo dok atas pelamin sorang2.. cukup la kene duduk atas pelamin mase kenduri..