Monday, August 13, 2012

Ramadan 25- Wanita di sisi Nabi saw/ Buku Dr Zaharuddin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.

Nabi saw bersabda yang maksudnya' Sesungguhnya Allah, malaikatNya, penduduk langit dan bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan akan pasti mendoakan ( kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (agama).
(riwayat Tirmizi )

Wanita di sisi Nabi saw:

- UMMU RUMAN ( ISTERI SAIDINA ABU BAKAR)
Nama sebenarnya ialah Ummu Ruman binti A'mir bin U'waimar bin Abdul Syam in Atab bin Uzniah.
Beliau merupakan isteri kepada Saidina Abu Bakar dan ibu kepada Abdul Rahman dan A'isyah biti Abu Bakar.
Beliau adalah orang yang pernah berba'ih  dengan Nabi saw dan berhijrah bersama ke Madinah.

-ASMA BINTI ABU BAKAR
Asma anak Saidina Abu Bakar dengan ibunya Qatlah @ Qatilah binti Abdul U'zza. Beliau adalah orang yang terawal memeluk islam iaitu selepas 17 orang di Mekah.
Beliau berkahwin dengan Zubair bin Awwam.
Nabi saw mengelarnya Zatu Natqain- yang mempunyai dua tali pengikat. Ini ketika peristiwa hijrah Nabi saw bersama bapanya  yang ketika itu tiada tali  untuk mengikat bekas makanan lalu mengambil satu tali pengikat pinggangnya.
Beliau paling banyak berjasa kepada Nabi saw dalam peristiwa berulang alik membawa bekalan makanan ketika Nabi saw bersembunyi di Gua Thur.

-ASMA' BINTI 'UMAIS AL KHAS'AMIAH ( ISTERI SAIDINA ABU BAKAR)
Nama sebenarnya ialah Asma bt Umais bin Maad bin Al Harith bin Tayam bin Kaab.
Beliau adalah isteri kepada Jafaar bin Abi Talib. Beliau mula memeluk islam sebelum dakwah Nabi saw bermula di rumah Arqam bin Abi Arqam. Beliau turut berhijrah ke Habsyah dan ke Madinah.
Beliau juga merupakan orang yang pernah bersolat meghadap dua kiblat.

Setelah kewafatan suaminya, beliau dikahwinkan dengan Saidina Abu Bakar.

Sumber: Biografi Rasulullah- Rusydi Ramli.


Buku terbaru karya Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Penerbit- Galeri Ilmu. 

Saya amat teruja membaca buku ni. Ia semacam travelog kehidupan Ustaz Zaharuddin.

-
Kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah. - Ustaz Dr ZAHARUDDIN.
Bulan ramadan, tiap hujung  minggu anak-anak balik ke rumah.
Alhamdulillah, penuh keriangan dan riuh rendah.
mendengar cerita anak-anak bagai tiada henti.....

Subuh boleh ke masjid bersama.

Dua hari setengah di rumah, cukuplah.....Khamis ini semuanya akan berkumpul kembali. InsyaALLAH!


Ya Allah, terimalah sembahyang kami,ampunkanlah dosa-dosa kami, jangan Engkau azab kami di hari akhirat nanti.
Ya Allah, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dengan iman, himpunkan kami dengan iman dan masukkan kami ke syurgaMu beserta iman.
Ya Allah, bantulah kami supaya selalu menyebut namaMu, mengingatiMu, bersyukur  kepadaMu dan membaguskan ibadatku terhadapMu.
Amin.
-

Selamat berqiamullail.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.



1 comment:

atuk said...

Salam Ramadhan Mama Ju

saya aminkan doa2 mama tu

ps: Insyaallah tahun ni raya bersama mertua....raya kedua baru jumpa emak