Monday, August 13, 2012

Ramadan 24- Pembantu / Khadam) Nabi saw / Cerita ttg AMIN.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan Malaikat. utusan-utusan yang bersayap. dua. tiga dan empat.'
(terjemahan ayat 1 surah Saba')

Pembantu ( khadam( nabi saw.
-ANAS BIN MALIK
Pembantu intuk urusan seharian Nabi saw. Nama beliau Abu Nadhr Anas bin Malik Al Ansari Al Khazraj. Tinggal bersama Nabi saw dan membantu Nabi selama 10 tahun. Beliau merupakan sahabat paling akhir meninggal dunia iaitu paa 71 hijrah di bashrah.

-ABDULLAH BIN MAS'UD
Pembawa kasut Nabi saw dan sering membawa kasut Nabi saw ke masjid.

-UQBAH BIN AMIR AL JAHNI
Pemandu baghal Nabi saw.

-ASIA' BIN SYARIK
Pembantu atau teman di dalam perjalanan Nabi saw.

-BILAL BIN RABAH
Muazim Nabi saw

SAAD( HAMBA ABU BAKAR)

-ABU DZAR AL GHIFARI

-AIMAN BIN ABID

-UMMU AIMAN ( HAMBA YANG DITINGGALKAN OLEH BAPA NABI SAW.)

Sumber- Biografi Rasulullah-  Rusydi Ramli Al Jauhari - Mustread.

Certa tentang Sdr Mohd Amin Johari di Mingguan Malaysia semalam.

Ni memang hobi dia. Tak sangka pulak dari hobi , dia dapat kepercayaan dari sebuah kementerian - hehe jadi duitlah pulak...

Ya Allah, bahawasanya kami bermohon kepadaMu akan jalan-jalan yang memudahkan kami mendapat rahmat dan keampunanMu, dan keselamatan dari tiap-tiap dosa dan keuntungan tiap-tiap kebajikan dan kemenangan dengan syurga dan keselamatan dari neraka.
Ya Allah,janganlah di biarkan kami sesuatu dosa melainkan Engkau hapuskan.
Amin.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.



3 comments:

Kakzakie said...

Hobby yg menggunakan modal besar tu Kak Ju. Memang berbaloilah bila dah kena pinang kementerian hobby yg berduit:)

atuk said...

Salam Ramadhan Mama Ju

dah rezeki dia
Alhamdulillah

Cikgu Ma said...

gerun jugak naik atas ni...

salam ramadhan...

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/