Sunday, July 15, 2012

MENJEJAK PROF KAMIL DAN ROZA DI INTEKMA


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.'
(Terjemahan ayat 12 surah AlMulk)



Buat janji dengan Azrin untuk ke Intekma Resort, Shah Alam sempena majlis Prof Kamil.. Hehe tapi jam 9.00 baru tiba...

Di luar dewan, buku-buku mereka berdua menanti. Beli satu set (tiga) diberi CD Haji percuma dan harga ada diskaun. (Travelog Cinta abadi, Bersyukur Saat di uji dan Bukan sekadar Resepi)

Azrai and the geng, orang kuat di kaunter buku. Tenguk si cilik gadis Arab tu pakai tudung...

Mula masuk ke dewan. Masa ni Prof Hatta Azad Khan sedang merasmikan majlis. Ramainya! Kami menyelinap ke hujung ...masih ada kosong...
Orang pertama yang saya temui di sini - Ain Maisarah. Apa lagi bergambarlah....

Selepas perasmian, Nash mengambil tempat, mendendangkan dua lagu. Nash sempat bercerita  hubungannya dengan  Prof Kamil. Terharu bila beliau membacakan tulisan Prof di buku 'Bukan Sekadar Resepi'

Acara yang di tunggu- Tazkirah dari Madinah. Banyak yang diperkatakan. Doa daripada Prof pun boleh menitiskan air mata.
Lebih kurang jam 10.30 pagi majlis rasmi  pun selesai.


Mulalah bersambung dengan upacara menandatangani buku.  Beratur panjang!
Tak kuasa nak beratur, jadi saya berlegar menemui  orang  yang saya kenali- Sdr Nash. Banyak juga buku yang beliau tandatangan!

Adik Prof Kamil dan suaminya cikgu Razali.


Saya dan Nabil menyelinap di belakang! 

Saya hanya memerhati Pn Roza. Tak kacau pun....

Saya temui rakan maya dan Ain Maisarah.

Seketika bersama Sheikh Khalil. isteri dan rakan maya- Pn Mona.

Sofea dan ibu Pn Roza. 

Sehingga jam 11.30 pagi, Prof Kamil dan Roza masih menandatangani buku. Saya mengambil peluang berbual-bual dengan ibu Pn Roza. Seronoknya beliau akan turut serta berangkat ke Madinah nanti.

Masih ramai yang beratur. Masing-masing dengan tiga, empat buku. Cukuplah saya dengan melihat mereka. ( dapat juga bercakap seketika dengan Roza ). Saya harus beredar untuk satu majlis yang lain pula.

Alhamdulillah.

Moga ukwah terus terjalin walau di alam maya.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

Zuraidah Karia /Ju said...

Assalamualaikum mama Ju,
Tersenyum melihat gambar saya di blog mama Ju bersama Ain Maisarah.
I'm yr silent reader but today kenalah comment sikit coz gambar dah tersiar. Moga mama ju teruskan mengupdate blog mama Ju dgn latest activity. Moga ukhwah sentiasa terjalin even di alam maya.
Wassalam

Mak Wan said...

Assalamualaikum Mamaju

Alhamdulillah...dapat saya menatap wajah2 yang saya rindu untuk bertemu.mk wan ni perlu bantuan orang lain,anak2 semua ada urusan kerja.sekali lagi terima kasih Mamaju

Kak Izan said...

memang best.. sronok kan dapat jumpa orang yang menulis melalui hatinya sendiri... :) terharu..

Ummi said...

Assalamualaikum mama Ju, salam kenal...jauh saya blogwalking terserempak kat sini, saya memang pengikut setia blog KRTS Prof Kamil juga dan turut membaca buku2 nukilan beliau spt. Travelog Haji - mengubah sempadan iman, 50 motivasi, Travelog Dakwah - meniti hari esok. X tau pun Prof Kamil dan isteri ada balik Malaysia rupanya...bertuah dpt jumpa diaorg yeaa...mesti banyak pengalaman yang dikongsinya...