Monday, July 16, 2012

' House warming' Cik Puan Noraini Baharum.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata, dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambanya.'
(terjemahan ayat 207 surah Al Baqarah)
Dari majlis silaturrahim Prof Kamil di Shah Alam saya bergegas  ke satu lagi majlis silaturrahim di Putrajaya. Hehe  tercari-cari juga tempat ni P8A...
Majlis' house warming' kediaman En Sauqi dan Cik Puan Noraini.
Majlis masuk rumah ni nampak mewah! Khemah sana sini.
Ada makanan yang enak, ada stall sate, stall chay keow teow. Alhamdulillah.
Sewaktu tiba, anak saya Fatimah Ulfah dah sedia menanti. Budak-budak Mahaad Hamidiah  ramai!  Tak sempat jumpa budak-budak tahfiz....
Saya bersama Noraini, tuan rumah yang peramah.

Sebahagian daripada budak-budak F5 Mahaad.
Pn Rozita , PK1 Maahad.
Dah puas makan, apalagi ronda-rondalah....Teruja sungguh, belakang tu tasik Putrajaya, ada laluan riadah basikal dan masjid! 
Dari patio- ruang tamu.-
Bilik utama betul-betul  menghala Masjid Putra.-tingkat atas.
Bersama Nabil dan Ani- pot pet, pot pet menikmati keindahan tasik dan masjid.
Ani dan kuda kesayangannya.

Seronok dapat berkenalan dengan kawan-kawan Fatimah Ulfah.
Terimakasih banyak-banyak Ani. Lain kali kita jumpa lagi. InsyaAllah.

Alhamdulillah.

'Daripada Ibrahim bin al Hassan dari Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda yang maksudnya" Perhatikan! Akan kuberitahu  sebuah perbendaharaan yang terletak di bawah  syurga, yakni ucapan- yang ertinya Tidak ada daya dan upaya melainkan dari Allah" maka Allah swt akan berkata hambaKu sudah tunduk dan menyerah"

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal..

5 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju
wow cantiknya lokasi rumah cik puan ni terutama bilik utamanya mengadap tasik dan masjid, mesti mahal rumah ni

Kak Izan said...

waa... teruja saya melihat keindahan kawasan rumah kawan mama ju nie... seronoknyer kalu ada rumah cam tu... :)

afeezz said...

assalamualaikum mama : wah.. cantik nyer rumah beliau....

atuk said...

Assalamualaikum Mama

sejuk mata boleh memandang masjid pd bila2 ajer


Selamat Menyambut Ramadhan

mina said...

Assalamualaikum WBT

Seronoknya Kak Ju dapat berjumpa para penulis. Saya tinggal di Johor Bahru, rasanya agak sukar hendak berjumpa para penulis yang saya minati. Beruntungnya warga Kuala Lumpur.