Tuesday, July 10, 2012

EMAK DAN BUNGA API- FLORIA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Orang-orang yang membelanjakan ( mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang dengan cara yang sulit atau berterus terang, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan ( daripada berlakunya kejadian tidak baik ) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita' (Terjemahan ayat 274 surah Al Baqarah)

Floria lagi. Malam ,lepas sembahyang isyak ajak emak  menyaksikan keindahan bot berhias dan bunga api.
Mula-mula emak dah kata " malas aku...." hehe pujuk lagi.
Ini pemandangan dari tangga masjid Sultan Mizan. Emak dan suami  duduk di sinilah. Di sinilah sudut paling cantik untuk ambil gambar bunga api. Ramai jurugambar beratur di tepian tasik di sini.
 Saya dan anak-anak ke tengah lagi....saya nak ambil  bot berhias.

Jam 10.30 bunga api bertaburan....subhanallah.

Bot berhias- banyak!

Bunga api - dari tanam.

Saya tak tahu ni bot dari mana.


Anak-anak kata macam hantu menjelma!
Seketika  di taman, saya kembali semula ke Masjid Sultan Mizan. 

Emak duduk di sini ...


Terimakasih emak.
Hehe balik tu emak kata sengal kaki...tapi emak dah sedia bawa ubat dari kampong....


-,
'.....Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami,Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.. Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemanangan terhadap kaum-kaum yang kafir.'
(Ayat 286 surah Al Baqarah)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya tengok di TV aje. Cantik. Jawab soalan Ju: Bot dari China. Yelah Ju betul, mcam hantu menjelma dicelah-celah rimbun. Ngeri!

Anonymous said...

mama Ju.. lain kali update laa awal2.. sebab saya selalu teringin nak gi putrajaya time ada program.. tapi dah terlepas(alasan) ..hihihihihi... best mama tinggal sana..

Kak Izan said...

anonymous tu saya tau... :)

Kakzakie said...

Emak dah malas sebab dah malam. Tapi nasib baik ikut kalau tak rugi tak dapat tengok. Cantiknya...

Ribu-riban duit habis just utk bunga api je kan... sayangnya