Sunday, June 3, 2012

TRAVELOG SILATURRAHIM ( 1 ) BRUNEI

Rejab 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.
Saidina Umar bin Al Khattab ra berkata, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya."
(Riwayat Al Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al Tirmizi, Al Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

Tiket ke Brunei sudah lama dibeli, sejak Februari 2012 lagi maklumlah nak murah dan naik dengan Air Asia. Tiket RM 500 pergi balik. Saya pergi bersama Farah, emak, adik, ipar , makcik dan anak-anak saudara. Mulanya suami saya ikut turut serta tetapi bila memikirkan ayah mertua , suami saya menarik diri.
"Kenapa ke Brunai?, apa yang ada di sana? "


Peta Brunei. Jumlah penduduk 401, 890 (Julai 2011 )
Jam 2.50 pagi saya sudah terjaga.Bersiap. Jam empat kami harus bertolak ke LCCT. Nabil membawa kereta membawa  saya dan keluarga Sdr Kadir ke sana. Emak dan makcik pula bertolak dari rumah adik di Nilai.
Jam 5 sampai dan daftar masuk. Terus makan pagi di Mac Donald.
Saya fikir kami boleh bersembahyang subuh di tempat menunggu, tapi bila nak hulur tiket nak masuk , polis memberitahu surau dan tandas tidak ada di situ. Bukankah dahulu ada?
Kami bergegas ke surau di luar . Kenalah jalan cepat-cepat.Azan berkumandang. dan kami pun menunaikan kewajipan.
Hampir jam 6 pagi kami beratur masuk.
Kenapa tempat ni berbeza?  kecil  dan  hanya menggunakan patition, Ada tempat duduk menunggu  dan kedai Eraman.
Oh, rupaya tempat menunggu Antarabangsa dan Dalam Negeri berbeza. Tempat menunggu Dalam Negeri besar dan ada banyak kemudahan.
Jam 6.15 sedia berbaris untuk masuk ke pesawat.

Waktu berlepas jam 6.45. Saya melihat petugas perkhidmatan ke hulu hilir. . Macam ada yang tak kena saja. Ya Allah moga perjalanan selamat.. Jam 7.00 baru bergerak.
SAYA SUKA TENGUK AWAN.....
Perjalanan mengambil masa dua jam.
Ketika pesawat hampir mendarat, saya terlihat Istana Nurul Iman . Besar dan cantik!

Baru turun...

Lorong keluar. Adik saya Amin mesti rindu dengan kapal-kapal minyak di Nigeria!

Menyejukkan mata bila tulisan Jawi di agung-agungkan.

Selamat datang ke Brunai!

Ada doa  keika turun berurasan dengan imigeren.


Empat orang menunggu kami di lapangan terbang.
'Perpisahan' menarik mata saya....

Pusing-pusing. Mula mencari tempat makan. Terlihat sekolah. Boleh di katakan setiap sekolah ada trek balapan dan Podium. Menarik dan unik.

Ini Tuan Hj Alimas dan Amin.  Kami makan di Angerik Putih kepunyaan saudara  Tuan Hj Alimas di Pulaie.

Makan nasi ayam penyet.


Selepas makan, kami dibawa ronda-ronda bandar. Anak Tuan Hj Alimas bertindak sebagai pemandu pelanchong kami.

Hampir jam 12.15 kami tiba di Kampung Kasat. Di sinilah rumah hujung minggu mereka.
Kami disambut oleh anak mereka Hajah Adik. ( hehe nama tak ingat )


Hehe ni nak masukkan juga, gambar pramugari/ra Royal Brunai  baru pulang  bertugas  dari London.


Ok berehat dulu.....


-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.



3 comments:

Kakcik Seroja said...

Suami saya dah dua kali ke sana, tapi saya belum pernah sampai lagi.

Gambar awan itu sangat cantik. :)

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

baru bercadang cadang nak meninjau2 tiket ke Berunai....rupa2nya mama dah sampai

afeezz said...

assalamualaikum mama : tak sabar nak tunggu episod seterusnya... best tak brunei?