Tuesday, May 22, 2012

NABIL BUAT COKLAT CHIP

1 Rejab 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'(Akan dikatakan)"Pergilah kamu mendapatkan apa (azab ) yang dahulu kamu DUSTAKAN. Pergilah kamu mendapatkan naungan  ( azab API NERAKA ) yang mempunyai tiga cabang. Yang tidak melindungi dan tidak pula menolak api neraka. Sungguh (neraka) itu menyemburkan BUNGA API ( sebesar dan setinggi ) istana. Seakan-akan iring-iringan unta yang kuning. Celakalah ,pada hari itu, bagi mereka yang mendustakan (kebenaran). Inilah hari, saat, mereka tidak dapat berbicara. Dan tidak diizinkan kepada mereka mengemukakan alasan agar mereka dimaafkan.
( Terjemahan ayat 29 - 36 surah Al Mursalat )
Nabil teringin nak buat biskut coklat chip. Jadi sambil-sambil mama masak , Nabil buat apa yang patut berpandukan resepi. Resepi oleh Naz's Cute Oven.
Senang, pukul mentega dengan gula hingga kembang, lepas tu masuk-masuk saja bahan lain.
Bila mama check balik, Ya  Allah tepung tak masuk!  Lepas masuk tepung, ratakan kemudian susukan ke dulang.
Bakar.
Taraa.. Walaupun kurang 'lawa'..Alhamdulillah dapat kira-kira 45 keping biskut...
Nak buat besar muka pun tiada siapa larang....
Kakak Farah! Jom pekena biskut ni dengan teh o panas!

RESEPI COKLAT CHIP
Oleh Naz's Cute Oven

280 g tepung gandum
10 g serbuk koko ( mama campur Milo)
2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda
2 tsp susu tepung
250 g mentega
150 gula kastor
1/2 tsp vanila
1 biji kuning telur
1/2 cawan kekacang (walnut,badam,gajus, kismis- cincang)
1/2 cawan coklat chip

Pukul gula dan mentega hingga kembang.
Masuk kuning telur, vanila.
Masuk bahan-bahan lain.
Sudukan di dulang pembakar.
Bakar 160 c 15-20 minit ( bergantung oven)

-
Jom buat...
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

Kakzakie said...

Ha... tempah siapa nak jadikan calon menantu. Senang boleh masuk dapur kalau isteri tak sihat hihi...

Boleh tahan juga Nabil ni Kak Ju...

che mid said...

Sedap tu mama.. sesekali orang bujang masuk dapur.. kalah anak dara tau!

kakcik said...

Rajinnya Nabil. Untung siapa jadi isterinya nanti. :)

afeezz said...

assalamualaikum mama : lulus quality control ke tak ni?