Monday, February 20, 2012

PROF KAMIL, ROZA DAN ANIS

Dengan nama Allah Ynga Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Firman Allah yang maksudnya 'Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar'
(ayat 12 Surah Al Mulk)


Masih kisah Prof Kamil dan Puan Roza.
Berbahagialah hendaknya mereka sekeluarga di Madinah sana.
Majalah Anis bulan Februari 2012 menampilkan kolumis berwibawa seperti  Prof Kamil,  Roza,
Dr Tengku Asmawi, Dr Amida, Dr Zulkifli Mohd Al Bakri, Hjh Rohani Shahir, Abu Saif , Ann Wang Seng . Abu Hassan Morad dll.

Prof Kamil muncul dengan tajuk' Mereka yang Khusyuk'
Menurut beliau khusyuk hanya datang apabila kita bergantung harap kepada Dia yang Maha Berkuasa.
Ia berlangsung apabila kita dihadapkann dengan ujian duka atau berkeinginan dan berhajat denganNya.

Bagaimana dengan ujian yang bukan-bukan. Dahsyatnya mulut membaca dalam solat dan alih-alih ia telah selesai sampai memberi salam. Tentu ia jauh dari khusyuk.

Jika kita menghayati ada kehidupan lain selepas kematian serta berharap dan berhajat mendapat pembalasan terbaik pada kehidupan hakiki, insyaAllah, datanglah khusyuk.
(Sebahagian petikan tulisan Prof Kamil di ANIS )


Puan Roza masih dengan 'Bukan sekadar resepi' Tak jemu  memaca tulisannya dengan gaya bercerita...

Disertakan sekali resepi tomyam. Saya sangat gemar tomyan bersantan.
Pertama kali merasanya di sebuah restoran di Damansara dekat IKEA.
Sedapnya. Harap lepas ni saya boleh mencuba melalui resepi di atas.

Bacalah Anis.
'Ya Allah. kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Ya Allah, Kurniakanlah kami iman yang sempurna. Amin'

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Banyak-banyak selawat.


5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kena belilah majalah ini. Kakak jarang beli majalah ini. Baca N3 Kak Ju macam tertariklah...

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Puan..
Banyak majalah berbentuk ilmiah di pasaran sekarang.

Bila ke kedai buku lagi Akan cari ANIS..

** saya baru beli SOLUSI.. Bagus juga isi kandungan nya.

che mid said...

Alhamdulillah, dah beli sbb CM buat rujukan utk persembahan sempena Maulidurrasul..

Unknown said...

Salam,

Saya pernah baca majalah ni di library... Tapi tak pernah beli... Mmg menarik! Dah tinggal di Peru ni mana nak jumpa majalah begini lagi...
Salam ukhuwah fillah :)

Asyraff Hafdzan said...

Saya juga sangat suka tomyam bersantan. Pertama kali memakannya di Bangkok, jalan Naka Street yang lebih dikenali sebagai Arab Street.