Wednesday, February 15, 2012

ANAK NABI KITA (SAW)

22 Rabiul Awal 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Masa anak kita kecil, kita selalu dengar lagu anak nabi kita. Kita pun jadi hafal dengan lagu tu.
Baguslahkan..anak nabi kita ada tujuh orang,
                      tiga laki-laki, empat perempuan,
                      Kasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah.
                      Zainab, Ummi Kalsom, Siti Rokiah....(wah ingat lagilah...)
Gambar hiasan tu adalah gambar Ali  Aziz bin Abdul Hafiz. Anak kepada Nik Hannah Awanis bt. Supian. Cucu saudara kepada suami saya.

PUTERA PUTERI NABI MUHAMAD SAW.
Nabi Muhamad SAW mempunyai tujuh orang anak bersama dengan isteri baginda Saidatina Khadijah binti Khuwailid. Anak-anak baginda ialah Al Qasim, Abdullah, Ibrahim. Zainab, Ruqqaiyyah, Ummu Kalthum dan Fatimah.
Ketika  Nabi berusia 40 tahun, di katakan anak-anak baginda tinggal 4 orang. Anak-anak lain meninggal dunia.

ZAINAB RA
Zainab adalah puteri yang pertama.Dilahirkan di tahun kelima perkahwinan nabi SAW.
Zainab berkahwin dengan Abu Al -As bin Ar- Rabi' seorang pedagang Quraish yang kaya. Beliau adalah anak saudara kepada Siti Khadijah. Berkahwin ketika berusia 13 tahun.Suaminya memeluk islam dan berpindah bersama-samanya ke Madinah. Mereka memperolehi anak, Ali dan Amamah.(cucu nabi yang menunggang belakang nabi ketika nabi sujud...)Amamah akhirnya berkahwin dengan Saidiana Ali dan kemudiannya dengan Mughirah bin Naufal.
Zainab kekal menjadi suami isteri sampailah beliau meninggal dunia. Beliau meninggal dalam usia 26 tahun.

RUQAIYYAH RA
Ruqaiyyah puteri yang kedua.Dilahirkan tiga tahun selepas kelahiran Zainab.
Beliau berkahwin dengan Utbah bin Abu Lahab.(rumah mereka sebelah menyebelah)
Berkahwin ketika usia 9 tahun.
Ketika baru berkahwin, baginda nabi SAW diangkat oleh Allah menjadi Rasul. Abu Lahab menentang kerasullan anak saudaranya itu.Abu Lahab memaksa anaknya Utbah menceraikan Ruqayyah. Utbah terpaksa menghantar kembali Ruqaiyyah kepada nabi SAW dengan penuh hormat.

Ruqaiyyah kemudiannya berkahwin dengan Uthman bin Affan , seorang sahabat nabi SAW dan seorang hartawan Quraish yang tampan.Saidina Othman dan Ruqaiyyah turut berpindah ke Madinah sebelum nabi SAW sampai ke bandar itu.
Tidak lama kemudian ketika perang Badar sedang berlangsung (tahun kedua Hijrah), beliau meninggal dunia dalam usia 23 tahun.
Bersama Uthman beliau di kurniakan seorang anak bernama Abdullah . Anak ini meninggal ketika berusia enam tahun.(4 hijrah)

UMMU KALTHUM
Ummu puteri ketiga baginda SAW.
Beliau berkahwin dengan Utaibah bin Abu Lahab ketika berusia 8 tahun.
Ketika nabi SAW diangkat menjadi Rasul, Abu Lahab meminta Utaibah memulangkan Ummu Kalthum.
Utaibah menghantar kembali Ummu dengan penuh kebencian.Dia menyerahkan Ummu sambil menyumpah nabi SAW. Sebelah kakinya menendang dada atau pinggang nabi SAW. Nabi SAW terjatuh. Baginda bersabda" engkau nanti akan di binasakan oleh salah seekor daripada anjing-anjing Allah"
Utaibah sangat takut kerana mengetahui kata-kata nabi SAW makbul.
Akhirnya Utaibah mati dibaham seekor singa ketika sedang bermalam dalam perjalanannya ke Syam.

Selepas kakaknya Ruqaiyyah meninggal, nabi SAW mengahwinkan Ummu dengan Saidina Uthman Affan.
Beliau hidup selama 16 tahun bersama suaminya.

FATIMAH RA
Fatimah puteri bungsu nabi SAW.
Ketika nabi menjadi rasul, Fatimah berusia 5 tahun. Ketika nabi menyeru kaumnya secara terang-terangan Fatimah berusia 8 tahun.
Tahun pertama hijrah, Fatimah dipinang oleh Ali bin Abu Talib
Hasil perkahwinannya telah di kurniakan dengan 5 orang anak. 3 lelaki (Hasan, Husin dan Muhassan)dan 2 perempuan.(Ruqayyah dan Ummu Kalsum).Ada pihak yang menyatakan Fatimah mempunyai seorang anak lagi, Zainab.
Enam bulan selepas kematian Nabi SAW , Fatimah jatuh sakit.
Beliau meninggal dunia dalam usia 28 tahun.

Al Fatihah  buat semua.

Susunan- Juhariah Johari dari Buku Sejarah dan Perjalanan  Hidup Nabi Muhamad saw karya Maulana Syed Abul Hasan dan Buku Himpunan Kitab-Kitab Fadhail Amal.
                                               
-
                                                 -
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Apakah benda di sekeliling kita yang bila kita lihat, kita akan teringat kepada nabi SAW?( Ustaz Don)




6 comments:

cheqna said...

betul betul betul
kerana lagu inilah memudahkan cheqna ingat berpa orang anak nabi kita =)

Kakcik Seroja said...

Bila dilagukan, lebih mudah diingati. :)

Zehan Ilyana said...

ouh ada lagu eh untuk anak-anak nabi Muhammad?
saya tak pernah dengar...-_-'
tapi cerita mereka saya pernah baca..
terutama kisah fatimah..suka sangat..:)

Kakzakie Purvit said...

Sampai sekarang nie pun Tadika Pasti masih ajar lagu ini lagi tau Kak Ju... Sayangnya ramai tak guna nama-nama ini especially yg perempuan. Lelaki masih ramai yg guna lagi..

LadyBird said...

semua anak nabi meninggal muda kan?

ChOcOlaTos said...

salam...bole cadangkan x ape yg bole kite latakkan sebagai perhiasan di rumah yg mengingatkan kite kepada nabi s.a.w....