Sunday, February 12, 2012

BANDAR HILIR MELAKA

19 Rabiul Awal 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemgasihani.
'Tidakkah engkau melihat (wahai Muhamad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnyatetap teguh dan cabangnya menjulang ke langit'
(Terjemahan ayat 24 surah Ibrahim)

Kami sebenarnya ziarah ke Jasin, Melaka. Ada majlis perkahwinan.
Jestru kami mengambil peluang untuk mendalami Melaka. Hehe ka Bandar Hilir je...
Kami ke Masjid Selat Melaka.

Cantik masjid ini. Perjalanan ke pintu masjid di temani buga-bunga wangi. di kiri kanan. Pasu besar-besar. Ada kesidang, kenanga.
Ada tempat untuk menikmati Selat Melaka. Nyaman dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi.
Ada bahagian untuk merehatkan diri. Bayar RM 1 untuk 3 minit...
Tandas VIP pun ada.

Kami pun cuba alat Gintel ni,
Alhamdulillah, memang sedaplah....

Kami meneruskan lawatan ke Replika kapal Flor de La Mar.
Ia terletak di jalan Quayside berhampiran Muara Sg Melaka.
Dengan tiket RM3 kita dapat melawat kapal tersebut, Muzium Samudra dan Muzium KD Terengganu
Ia adalah replika kapal zaman Portugis yang telah tenggelam. Berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Dibina pada 1990 dan dirasmikan oelh Tun Mahathir pada 13 Jun 1994.

Jenuh menjelajah di dalamnya, tetapi banyak info menarik mengenai kesultanan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ada peta lama, model kapal dan artifak.

Benarkah Panglima Awang di kristankan (?)

Laksamana Hang Tuah.

Peta lama.



Di atas kapal.

Belakang tu Menara Taming Sari.




Ini di dalam Muzium Samudra.
Di Muzium ini ada Hang Tuah, Ibn Batuta, Cheng Ho dll.
Ini gambaran Hang Tuah.
Muzium Samudra merangkumi kisah di udara, laut dan darat.

Muzium KD tu dah tak larat nak masuk....

Keseluruhannya sangat menarik!

Saya dapati Bandar Melaka sangat bersih dan cantik. Pusat membelibelahnya cantik mengalahkan  KL!

Insya Allah kami akan datang lagi.

'Dan bandingan kalimah yang jahat- buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah terbongkas akar-akarnya dari muka bumi: tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
(Terjemahan ayat 26 surah Ibrahim)

-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Banyakkan selawat kpd Baginda Rasulullah saw.

7 comments:

rosli said...

M.maju,

Wah..byk tempat mamaju dan famili singgah melawat...last week saya di sini jugak....sempat di Masjid selat, Pahlawan Mall dan Pantai Puteri ajer...

ummu said...

assalamualaikum Mama Ju
Mam apa khabar?lama syaa tak dapat ebrtandang ke sini...
Melaka,suatu tempat yang penuh sejarah dan meninggalkan banyak momen dan monumen beharga kepada khzanah sejarah negara,kan kak

eelobor said...

melaka merupakan salah satu destinasi yang kita boleh pergi berulang kali tanpa jemu. saya sendiri pun dah banyak kali gak sampai sana. ada sekali ke masjid selat melaka, hehehe, mcm mana saya boleh tersilap masuk jalan salah masa kat atas jambatan kecil tuh. sepatutnya kena melencong ke kiri sket. smua orang pelik & hon kan keereta baru saya terperasan salah masuk jalan. huhuhuhu

Kakzakie Purvit said...

Siap suruh Gintell urut ye Kak Ju... Urut belakang dgn kaki aje mana best. Meh sini kakak urut satu badan baru best, dah penat jenjalan kat Melaka tu. Asyik jenjalan aje Kak Ju nie tau tak penat-penat ke? hihi....

afeezz said...

assalamualaikum mama ju : sehari tak cukup nak jelajah satu bandar melaka...

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Puan..
Maaf lambat follow, sbb Puan tidak tinggalkan link hari tu.

Saya suka setiap kali dapat ke Melaka. Tak pernah jemu.

akuzle ayu said...

di Masjid Negeri Shah Alam pon ado ini, mamaju.. 'kerusi' HARUS diduduki kalo ke sana... syok sgt kan? hihihiih