Dengan nama allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
'Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya.. Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezeki.'
(Terjemahan ayat 19 dan 20 surah Al Hijr)
|
Ini Farah Nabihah. Kami panggil dia 'kakak' Terimakasih kakak kerana mengikut kata abah. Kakak ke IPG. .Nampak macam 'kejam' kerana memilih kerjaya untuk anak... Kakak sekarang tentu seronok di IPG kan? (walaupun hampir dua kelas kawan-kawan sekolahnya terbang jauh melanjutkan pelajaran- tak pe, tak pe...)
|
|
Nabil, Abah kata' anak kesayangan mama' Heem..nilah satu-satunya anak lelaki kami.
Kalau dia balik bercuti, Nabil akan jadi pemandu abah, pergi ke mana-mana atau tolong abah ke kebun.
Orang lain ke kebun juga tapi biasanya yang bekerja abah dengan Nabil!
Masing-masing tengah gila dengan tenis. Hari tu di Rengit di tempat jualan terpakai, keluarga Hjh Jamilah membeli
8 reket tenis terpakai dengan harga RM 40,20,15, 10. Memang bestlah... jenama Dunlop dan Wilson.Tu tengah tayanglah tu... |
|
Fatimah Ulfa pun rapat dengan abah.
Kalau dia minta sesuatu dia mesti kata' tak mahal ke bah?, nanti ulfa ganti, nanti ulfa guna duit ulfa.'
Dia mudah kata'tak apa, sayang duit...'
Di sekolah dia jarang gunakan duit yang diberi....
Di rumah dia selalu sibuk... |
|
Farah dan abah. |
|
Ini Amirah Madihah. Kalau cuti sekolah, dialah yang dulu menempah untuk menemani abah ke taman untuk berbasikal. Di rumah, ada-ada saja permintaan segeranya. Amirah kata 'Abah, sumber pendapatannya!' hehe Selalunya semua orang beralah dengan dia..
Itulah anak-anak. Kami bahagia dengan mereka..
'Dan kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih, maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan)dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya: dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. (Terjemahan ayat 22 Surah Al Hijr)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal. Selawat banyak-banyak. |
2 comments:
subhanallah! betapa sy terharu, mamaju...
Assalamualaikum ju,
Alhamdulillah, dah besar semua anak2 ju, dr kecil semua mereka adalah anak2 yg baik (dr kacamata kak, semasa kita berjiran di tmj),tak banyak cakap tp aktif di sekolah dlm acara 'bercerita' dan 'pidato', masing2 punya bakat tersendiri. Didoakan mereka semua berjaya dlm bidang pilihan masing2...amin
Post a Comment