Wednesday, January 11, 2012

UST YAHYA / DATO LF / ULFA

17 Safar 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
'Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi  dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.'
(Surah Al Maa'idah ayat 90)

Pertanyaan saya- tu yang main baling-baling anak panah  untuk mendapatkan hadiah di fun fair tu apa?
Pagi , sekonyong-konyong saya membuat janji dengan Dato  Dr Abdulah Al Hadi di rumah Ustaz Yahya.
Janji di blog...
Alhamdulillah, kami bertemu. Dato atau terkenal dengan Dato LF.
Rumah LF tak jauh dari  seksyen 3/5 tu.

http://luahfikiran.blogspot.com

Orangnya merendah diri dan  sangat peramah.

Suami teringat - mereka pernah bermesyuarat bersama semasa Dato menjadi Timbalan Naib Chanselor UPM.

Alhamdulillah, nampaknya Ustaz Yahya semakin pulih. Kata-kata dan ingatannya macam biasa.
Buat sementara ustaz duduk di kerusi roda. Sebelah badannya kurang berfungsi.
Moga cepat sembuh.

Tengahari ke Maahad Hamidiah Kajang.
Hari ni hari lahir Fatimah Ulfah.
Selamat hari lahir anakku.

Sebenarnya Ulfa ada majlis di dewan sekolah.
Semasa kami tiba, ada kawan Ulfa perasan dan apa lagi......

Kami membelikannya kek hari lahir, kad dan senaskah Quran terjemahan.
Kami ambil peluang berjumpa seketika.
Moga Ulfa jadi anak soleh dan membahagiakan ibubapa.
-
Oh, kami juga jumpa En Mohamad, Pegawai Penjara di Bangi.
Moga ukwah sesama kita terus terjalin walaupun selalunya terserempak di jalanan.
- Assalammualaikum
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

5 comments:

al-lavendari said...

saya belum berkesempatan sampai ke rumah Dato LF lagi. ada sahaja halangannya.

terima kasih kerana sudi singgah dan komen di blog saya.

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah, semoga berpanjangan ukhuwah yang dijalinkan. :)

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Dato' LF...saya dah jumpa dgnnya
begitulah sifat2 orang beriman..

selamat hari ulang tahun khas untuk Ulfah...saya aminkan doa2 seorang ibu tu...

moga ukhwah berpanjangan

afeezz said...

assalamualaikum mama ju : selamat hari lahir kepada ulfa. semoga sukses selalu

kaknor tmj said...

assalamualaikum Ju

Alhamdulillah ust. yahya semakin sembuh.
Selamat Hari Lahir Ulfa, semoga doa ibu agar Ulfa jadi anak solehah dan mbahagiakn ibubapa dimakbulkn Allah.. ameen..