Wednesday, January 11, 2012

KELILING PUTRAJAYA DGN BASIKAL

17 Safar 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
'Abdullah bin Hariths ra meriwayatkan maksudnya' Tawa Rasulullah saw hanyalah senyuman'
(riwayat Tirmidzi)
Cerita berbasikal lagi. Mula dengan memasang peralatan basikal. Taklah rumit sangat.
Basikal lipat saya hanya RM 1000 berjenama biasa-biasa dan dibeli di kedai basikal berhampiran rumah.
Berbaloi betul...naik bukit ok ok sahaja
Perjalanan dimulakan dari Promenade (belakang pejabat MAMPU, JPM),
Tasik di hadapan mata. Persint 1(?)
Sebenarnya kami baru dua kali berbasikal di sini.

Kawasan tasik ini disediakan tempat berbasikal dan pejalan kaki.
Kawasan yang kami lalui:
Sepanjang tasik . Naik bukit berhampiran JAKIM hingga jalan TAMAT.
Terus berhampiran Alamanda, kawasan pembinaan, perumahan banglo. Ada
alat Gim disini.. Jalan berbasikal TAMAT.
Terus lagi dengan jalan berbatu kerikil hingga tempat letak cruise. Bot-bot  dibaiki di sini.
Ini seksyen 16.
Kami ke denai berumput. Nampak macam jalan ni dah lama tak dilalui.( Ada orang beritahu ada motosikal lalu di sini)
Kami patah balik, naik ke atas bukit hingga Sekolah Seksyen 16, melalui Taman Warisan, melalui kediaman TPM dan patah balik ke tepi tasik.


Kami juga melalui laluan berhampiran cruise. 
Laluan tepian tasik.



Dari laluan cruise terus masuk ke 'terowong' Masjid Putrajaya. 
Luasnya tempat ni..
Buat pusingan di sini kerana jalan TAMAT.
Di hadapan kediaman Timbalan Perdana Menteri.
Selepas ini kami melalui Jambatan Seri Bakti.

Indah di Taman Warisan.

Membaiki bot di tepi tasik.

Selepas jumpa tempat bot dibaiki melalui  jalan ni! Jom patah balik!

Cruise berehat di Presint 16. Jalan TAMAT.
Alamanda precint 1



Naik cruise di sini. RM 20 kalau tak silap. (Tak jauh dari Masjid Putra, turun ke bawah..)
Jumpa pemandangan ni maknanya kayuhan hampir tamat.

Gambar yang saya ambil ketika sedang berkayuh...

Masa diambil- 10.40 hingga 12.00.

Jom ikut sama berbasikal.
Sebenarnya ini hanya sebahagian kecil dari kawasan Putrajaya.
Jumpa lagi, insyallah.

-Sebarkan salam dan semarakkan amal.

5 comments:

Unknown said...

Salam,
Berbasikal ini satu pergerakan fizikal yg baik ... Teringat masa sekolah dulu, ke sana ke mari dgn basikal. Pernah berbasikal dari Bagan Datoh ke Lumut . Tapi itu, perjalanan perginya .... masa balik, basikal naik atas bumbung bas ... badan dah longlai

p/s. Berbasikal lah ke BBB. LF boleh tunggu

Unknown said...

SALAM,
LF PUN ADA RANCANGAN NAK MENZIARAH USTAZ YAHYA. LEBIH KURANG JAM 10 PAGI INI. MOGA ALLAH TEMUKAN KITA DI SANA.

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

saya berbasikal 9 km setiap hari semasa sekolah menegah dulu..

Hjh Noralenna Abbas said...

Saya berbasikal di laman rumah aje. Minat jugalah dengan basikal lipat. Boleh berbasikal di tepi laut nanti atau di PJ?? Salam bahagia.

kaknor tmj said...

assalamualaikum ju
cantik foto2 yg ju paparkan, satu je kekurangan, takde foto ju berbasikal, he...he.. ju berbasikal berapa km?