Sunday, January 29, 2012

TRAVELOG MINDA TAJDID

5 Rabiul Awal 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Jabir ibn Samurah ra meriwayatkan maksudnya 'Saya melihat Rasulullah saw pada suatu malam yang terang benderang oleh cahaya bulan. Baginda mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap baginda dan memandang bulan. Sungguh, menurutku, baginda lebih indah daripada bulan'
(Riwayat Tirmizi, Darimi, Abu Syaikh Hakim dan Thabrani)
Riadah Ahad pagi yang indah.
Memulakan kayuhan di hadapan Jabatan Perdana Menteri.

Emak-emak pun ikut sama.
Dari JPM menuruni bukit, menyusur terowong dan mengelilingi tasik...(tak habis pun)
Patah balik dan satu jam kemudian sampai ke JPM kembali.
Inilah buku Travelog Minda Tajdid karya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Buku terbitan PTS ISLAMIKA Terbitan 2012
Harga RM 16.00

Ia adalah catatan perjalanan dari Tanah Barat. Selepas meninggalkan jawatan sebagai mufti  beliau terus
ke Universitu Lampeter, UK untuk cuti sabatikal dibawah USM selama lapan bulan.
Travelog ini adalah artikel yang tersiar di laman web dan media tempatan.

Kandungan:
 Antara lain:
Kembara mencari bekalan perjuangan.
Jangan takut membawa pembaharuan.
Jumud mengundang kebangkitan liar.
Palestin; Tanggungjawab persaudaraan dan kemanusian.
Akal mengukur maklumat
Wanita, pastikah arah perjuanganmu
Maulid: Antara sejarah dan amalan
Islam: Prinsip ataupun alat?
Misteri  wahabi di Malaysia
dll

Jom baca.

- Sebarkan salam dan semarakkan amal.

Malam ini 29/1/12 selepas magrib ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid negeri, Shah Alam.










5 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Saya selalu ikuti ceramah Ustz Azhar Idrus melalui U Tube. Suka dengar.

che mid said...

Salam Mama.. wah.. respekla..masih tetap bertenaga.. kalau CM.. dah pancit tgh jalan hihi

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Ju,

Hee... dah selalu tengok kak ju pandai naik basikal. Kakak tak pandai tau. Seronok tengok.

Buku mantan mufti MAZA ini kakak tak ada dan belum pernah baca lagi. Mesti best:)

kaknor tmj said...

salam ju,

Ha... barulah best, ada foto Ju n basikal

mamawana said...

Bestnyer berbasikal dgn anak2.