Monday, January 30, 2012

AVOCADO DAN PROF K

6 Rabiul Awal 1433H
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Anas bin Malik ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sungguh, Allah benar-benar akan redha kepada orang yang makan atau minum kemudian memuji dan bersyukur kepadanya atas makanan atau minuman itu"
(Riwayat Tirmizi, Muslim, Bagawi dan Ahmad)
Ini buah avocado. Saya beli di Jusco Taman Equine, tiga biji RM 12.

Avacado berwarna hijau tua atau kadangkadang coklat kehitaman.
Kulitnya lembut dan tidak rata.

Beginilah rupa avocado. Rasanya agak 'payau' dan berlemak. Di katakan  kandungan lemaknya melebihi 20- 30 kali  dari buah-buah lain. Tapi kandungan lemak tu lemak baik! (LDL)

Kulitnya mudah untuk ditanggalkan. Saya memakannya dengan menaburkannya dengan gula pasir! Sedap sangat!
Saya rasa seolah-olah saya makan kuih bersantan!
Cubalah......

Boleh juga kita buat Iceblended avocado.
 Kisar buah tadi bersama-sama beberapa sudu susu pekat atau susu segar.
Jangan lupa kisar sekali ais.
Rasanya..Alhamdulillah..tersangatlah sedap!



Ini gambar Prof Kamil sedang menuangkan ais blended avocado.
Prof kata, Amirul yang menyediakan air tu. Alhamdulillah.
Tenguk tu Prof  berteleku sopan menghidangkan air kepada saya sewaktu kunjungan  ke rumah beliau di Segamat.

InsyaAllah moga kita jumpa lagi dan boleh minum  ice blended avocado yang sedap tu!
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju

Kak teringat masa mengajar dulu, kwn kak ada tanam pokok avacado di kpgnya di Rembau. air avacada mmg sedap, lemak rasanya. Ju boleh tanam pokok ni di kwsn rumah

Kakzakie said...

Salam Kak Ju...

Kalau potong-potong campur dgn buah-buah lain macam makan puding pun sedap kak ju...

nani emran said...

Kena try juga la nampaknya,macam sedap aje

mamawana said...

Sedapnyer avocado. Nak gi belilah kat pasaraya nanti. ngeeeee.....