Friday, January 20, 2012

LIHAT BANGUNAN BERSEJARAH...

26 Safar 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maksud ayat 23  dan 24 Surah Al Kahfi Juz 15
'Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan)Bahawa aku akan lakukan yang demikian  itu kemudian nanti, Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata)
"insya Allah".Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk  yang lebih dekat dan lebih terang dari ini'
Kami bawa anak-anak melihat-lihat sebahagian bangunan bersejarah.
Kami parkir di sini. Sekolah Methodist yang dibina di tahun 1896.
 Sekolah ini bersebelahan dengan tempat yang  terkenal dengan Nasi lemak Tangling. Saya kira sudah hampir 25 tahun saya melihat orang berbaris kerana mahukan nasi lemak tersebut. Rasa? Kuahnya yang macam-macam tu agaknya menjadikannya sedap.
Lepas tu ambil pulak lauk sotong, rendang dll. Tentulah sedap!
Kalau tengahhari sikit, orang akan beratur kedai  sebelah untuk makan nasi panas berserta ikan bakar.

Saya perhatikan mereka menjaga betul kerusi meja mereka. (kerusi di belakan) Jika makanan dari kedai lain , jangan cuba-cuba untuk duduk! (sedihlah mereka berjiran ...)

Dari sini kami ke Rumah Persekutuan. Suami memberitahu anak-anak  di sinilah tempat  dia mula-mula bertugas di  Kuala Lumpur  awal tahun 80 an.

Kami melintas Dayabumi . Anak-anak sibuk dengan papan tanda ini...

Central market dibuka pada 1888. Dulu ianya adalah pasar basah .
Mulai 15 April 1986  ia  menjadi Pasar Seni yang berfungsi sebagai pusat budaya dan festival.

Di luar Pasar Seni ada pentas dan ada pondok-pondok kecil  .

Rumah tumpangan di sebelah Pasar Seni.Nampak antik.


Barang yang dijual di pondok tadi..Ada makanan Korea, Jepun ,Indonesia.
Saya perhatika seorang Cina menjual makanan bergoreng ala-ala karipap dengan alat moden di pondok itu.
Nampaknya orang tak kisah  siapa yang menjual makanan itu...
Bahagian hadapan Pasar Seni penuh dengan  hasil seni halus.
Masih banyak lagi bangunan lama berhampiran pasar seni..

Ini di dalam Pasar Seni. Mereka membahagi-bahagikan kepada beberapa seksyen


Pejalan kaki yang cantik. Inikah lorong katak yang diperkatakan orang?
Hasil seni yang kreatif.

-
Ada masa kita sambung lagi ronda-ronda melihat bangunan lama.
-

Sebarkan salam dan semarakkan salam.


3 comments:

Kakcik Seroja said...

Dulu, 'kerusi belakang' di Tangling itu boleh dikongsi. kemudian, entah apa yang terjadi sehingga mereka mencipta sempadan sendiri.

Sejak kakcik pergi makan di situ pada satu tengahari Jumaat dan melihat tauke ikan bakar itu selamba 'tidak menghormati waktu', rasanya kakcik enggan lagi ke sana.

kaknor tmj said...

Assalamualaaikum Ju,

Bagus jg Ju siarkan foto2 ni kr dah lebih i0thn kak tak pergi Pasar Seni N Jln Tangiing. Apa lorong katak tu Ju

afeezz said...

assalamualaikum mama : amboi.. lama betul dah saya tak jalan2 kat area sini....