Sunday, January 22, 2012

HARI LAHIR NABIL

27 SAFAR 1433
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

21. Januari , 19 tahun yang lalu  saya melahirkan seorang  bayi lelaki . Nama-nama seperti  Firdaus, Haikal, Hilman Zoreq bermain di kepala, tetapi akhirnya kami memilih nama Mohamad Nabil.

Di bulan akhir mengandung, saya sangat-sangat takut umtuk bersalin di hospital. Saya takut dengan suasana dan orang kelilng di hospital orang putih itu. Saya teringin terbang pulang ke kampung!

Tiba masa....suasana dan layanan yang diterima amatlah hebat!

Saya dijaga dengan penuh teliti. Selepas bersalin dan berehat, jururawat menyediakan air mandian untuk merendamkan diri. ...Kemana-mana saya dibawa dengan wheelchair.

Hehe bukan sekali saya di hospital ini malah tiga kali!
14hb November, 1999 Nabil menerima 'diploma' setelah tiga  tahun bertadika  di Pandan Indah.
(Lamanya tadika!)

Hari ini Nabil balik ke rumah dengan bas. Saya hanya menyiapkan trifle sahaja.

Nabil membesar sebagai seorang yang sukakan  aktiviti lasak.

Minggu lepas, sempat Nabil ikut sama dalam pertandingan skateboard. Sempat bertanding 15 minit sahaja (deck patah!)
Malam ambil peluang mendaki Broga pulak!


Ini gambar terbaru petang tadi, pasang kipas di bilik kakak Farah bersama bos.

OK Mohamad Nabil
Jadilah anak soleh.
Abah, mama ,kakak dan adik-adik doakan yang terbaik untuk Nabil di dunia dan akhirat. Amin.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


4 comments:

kaknor tmj said...

Happy Birthday Nabil moga Allah memberkati hidupmu nak, esok mama mesti belanja Nabil makan istimewa mcm Ulfa hari tu

nani emran said...

Hepi belated besday too ya ibn ammi,kull sanah wa enta bi alfu kheir

akuzle ayu said...

sy mengaminkan doa ummu nabil ini...amin3!!

afeezz said...

assalamualaikum dan happy birthday wat nabil