Sunday, January 1, 2012

LELAKI POPULAR...USTAZ AZHAR DAN MATLUTHFI

8 Safar 1433 Isnin
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Firman Allah maksudnya:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang). "(al-Ahzab: 21)
Ustaz Azhar ( berkupiah) dan Matluthfi  (baju putih)adalah nama yang kerap disebut oleh anak-anak saya.
Wajahnya sentiasa terpampang di YouTube. Peminat mereka sangat ramai. Gelagat mereka segera menarik ratusan ribu peminat dalam satu-satu masa.
Saya kira mereka berdua ni memang layak mendapat anugerah lelaki popular kategori.....
Nama-nama tu macam dah tertanam dalam ingatan saya.
Ustaz seorang pendakwah manakala Matluthfi seorang penuntut di Australia.
(gambar pertemuan mereka di Ampang- drp google)

 31/12/11 Ustaz Azhar mengajak anak muda ke dataran Shah Alam. Khabarnya
berpuluh ribu (80 ribu?) hadir mendengar bualbicara dan bersembahyang bersama.
(Ustaz  bersama Zizan)
(Gambar drp Sdr Fiq Abdul)

Sembahyang bersama di dataran. Mat rempit, Mat lepak diajak sama.
(Gambar dari google)
31/12/11 kami ke Mid Valley menemani anak bertemu  kawan-kawan .

Suka dengan deko ni,cantik sangat.

Makan, tenguk buku dan tenguk orang...

Macoran di sini sangat sedap, rangup dan  rapuh.
Sebesar duit 50 sen berharga RM 3.60 satu.
Heem nak beli lagilah.....

Berlama-lama di MPH. Tiap minggu ada saja buku baru. Banyak pulak tu...
Buku Rahsia Pembunuh Ekonomi tu menarik sangat. Suami ralit membacanya.
Insyallah nanti saya tulis mengenainya.

Maaf keluar dari tajuk sikit....
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

razijohari said...

alhamdulillah..... moga tahun baru, ada perubahan positif yg baru....

kaknor tmj said...

assalamualaikum Ju,
kak sering dengar ceramah ustaz Azhar dr youtube tp tak pernah baca blog matlutfi, apa nama blognya, tolong bagi ya

mamawana said...

Sambutan tahun baru yg sebegini bagus kan.... berhibur sambil ingat mengingati.