Thursday, December 8, 2011

SAUDARA MARAKU ORANG KELANTAN....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


 Hadis riwayat Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi). (Shahih Muslim No.4638)


Berhimpun dan bertemu saudara mara memang menyeronokkan.
Ini masih di rumah pengantin.
Bapa pengantin Tn Hj Ismail dan isterinya.
Makan beradap bersama keluarga terdekat.
Sempat lagi sosek-sosek...sebelum majlis sebenarnya telah berlaku pecah  rumah  di rumah Pn Najwa. Banyak barang-barang yang hilang.  Pencuri dapat dikesan sewaktu membahagikan hasil curian di warung sate.Mereka sedang menikmati sate sewaktu polis tiba. Jam itu diperolehi  semula dari lokap! ( pencuri memakai jam permata itu...)
Pakcik tu sentiasa bersama peguam.... heem A-Z , ambil peluang  minta khidmat guaman percuma!
Ini Cik Najihah, adik pengantin, dia tinggal di Kuala Lumpur. Dengarnya tahun depan giliran dia  pulak!
Dua lagi tu Nik Hannah Hamimah dan Nik Hannah Hanim.Ni pun anak saudara. Mereka tinggal di Johor Bharu.
Sori, anak tu buka anak dia..Hanim singlelah...
Ini Madihah Humaira. Dia ni anak Ustaz.
Ini Maisara Hawaq'. Mereka adik beradik. Kira ni cuculah....
Bilik pengantin yang cantik.
Senyum, senyum...
Kakak sulung pengantin. Sebagai Pakar Perubatan, dialah inspiri kepada adik-adik.
Hehe dia baru 16 hari bersalin. Makcik lupalah nak tanya nama baby tu...
Adik-adik...Najihah, Najah, Nabihah.
Barang hantaran.
Farah bawa 'Secret recipe' dari blah perempuan.
Heem..kek 'secret recipe' tulah yang kami 'belasah' setibanya di rumah...
Tn Hj Ahmad Yatim, Pn Tunku Zaidah . ini biras.
...dan anak-anak  saudara....Nik Hamimah, Nik Hanim, Nadiah

Alhamdulillah.
Moga berkekalan dan ukwah sentiasa terjalin.
'Wahai Tuhan kami, ampunkan dosa-dosa kami, hapuskan kesalahan-kesalahan kami dan matikan kami bersama-sama orang yang berbakti'
(Surah A Li Imraan ayat 193)

Assalammulaikum
Sebarkan salam dan semarakkan salam.
Jadilah pencinta al Quran.

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bestnya jadi raja sehari... tetiba teringat kenangan lalu.. hehe.

Nadiah said...

Gambar saya sekeping je.... Maklumlah masa akad nikah tak boleh pergi, masa kenduri sebelah perempuan 'busy ngan Tazz' dan masa kenduri kat rumah pun busy jugak....

Najwa said...

Ada juga gambar2 saya 2, 3 keping buat kenangan. Sedikit ralat semasa majlis di rumah baba/ pengantin lelaki, kami adik beradik tidak berkesempatan mengambil gambar dgn pasangan pengantin kerana kesibukan melayan tetamu & anak2 dan menguruskan makanan, almaklum kakitangan tidak berapa mencukupi. Apa2pun majlis terasa kemeriahannya.

azlina said...

tengok pengantin cantik...tgk kek terliuq..