12 Muharram
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Yazid al Farisi meriwayatkan maksudnya" Saya pernah bermimpi melihat Rasulullah SAW. Hal itu terjadi pada masa Ibnu Abbas ra. Saya menceritakan mimpi saya kepadanya. Ibnu Abbas berkata ,"Rasulullah saw pernah bersabda,'Sungguh syaitan tidak dapat menyerupaiku. Barang siapa yang bermimpi melihatku, maka ia benar-benar telah melihatku.' ;Apakah engkau boleh menyebutkan ciri orang yang engkau lihat dalam mimpimu?' Saya menjawab, ' Ya, Ia berada di antara dua lelaki lain.Badan dan kulitnya berwarna putih sedikit kecoklatan. Pelupuk matanya seakan bercelak. Ia tertawa dengan sangat baik. Wajahnya tampan. Janggutnya tumbuh dari sini ke sini, memenuhi bahagian atas dadanya,' Auf (salah seorang periwayat hadis ini) berkata,' saya tidak tahu apa yang boleh dibayangkan dari ciri-ciri ini.' Kemudian Ibnu Abbas berkata,'Jika engkau melihat Rasulullah saw bukan dalam mimpi, niscaya engkau tidak akan dapat menyebutkan ciri-ciri Rasulullah lebih daripada ciri-ciri yang baru saja engkau sebutkan."
(Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)
Buku ini bertajuk Sejarah Masjid Nabawi, karangan Dr Muhamad Ilyas Abdul Ghani dan diterjemah oleh Anang Rikza Masyhadi.
Antara isi kandungan:
Sejarah Masjid dan pembangunannya.
Perihal Al Raudhah, Mimbar dan Tiang Masjid.
Makam Rasulullah, Posisi tempat Penyemayaman Nabi saw, Abu Bakar dan Umar.
Cubaan pencurian Jasad nabi saw (lima kali)
Rumah isteri-isteri Nabi saw.(Aisyah, Saudah, Hafsah, Zainab,Ummu Salamah, Zainab, Ummu Habibah, Juwairah, Sofiyah dan Maimunah ra)
Rumah para sahabat
Baqi.
Buku ini memang menarik dan membuka mata untuk mengenali Masjid Nabawi dengan lebih dalam lagi.
Bacalah.
Assalamualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al Quran.
2 comments:
Assalamualaikum Mama
Apa khabar, tentu nikmat sangat dapat membaca tentang Masjid Nabawi ni.. tapi CM tak boleh baca buku buat masa ni, jadi 'mangsa' sikecik tu.. suratkhabar pun belum tentu dapat habiskan baca...
asalamualaikum mama
lama tak ziarahi mamaju kerana kesibokan tugas. Mamaju seorang pembaca yg rajin. Insya Allah nak cari buku ini. masalahanya az suka beli nak membacanya .........
Post a Comment