Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya ' Seluruh amal perbuatan akan diperlihatkan kepada Allah swt pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menginginkan amal perbuatanku diperlihatkan ketika aku sedang berpuasa'
(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Nasai, Ibnu Majah dan Baihagi)
Rengit tumpah darah saya. Saya dilahirkan di Kg Belahan Tampok, Rengit. Ini Rengit Coffee. Siapa tuan punyanya? Saya juga terpandang bangunan Rengit Coffee tersergam di bandar Batu Pahat. |
SAKAN, satu lagi tempat membeli belah di Rengit. |
Sebumbung dengan SAKAN adalah Bakery kepunyaan Azlan. Sebelum ini Sdr Azlan beroperasi di rumah. Roti keluarannya memang sedap! Sdr Azlan berasal dari Perpat. |
Berhampiran dengan Rengit Coffee ada pusat jualan Aisyah. Kedai ini menjual berbagai barang keperluan wanita seperti baju, skaf, telekung. Memang berbaloi membeli di sini. |
Saya pernah mempromosi Homestay ini. Dulu ianya beroperasi ala-ala restoran dan homestay. Sekarang hanya sebagai tempat penginapan tetamu. Tempat ni sebelah SAKAN. |
Saya membeli pengikat rambut untuk cenderamata di kedai RM2. Cantikkan? |
Nasi Beryani di Sg Kluang. Seperti Beryani Mat Shah ke? |
Terjumpa risalah Sham Kamekazi di tiang pondok di Sg Kluang. Pandai dia memikat hati penduduk kampung..... |
Butik juga di Sg Kluang. Memang macam-macam ada di RENGIT. Jom kita selalu-selalu balik kampung! Assalammualaikum. Sebarkan salam dan semarakkan amal. |
6 comments:
Assalamualaikum mama ju...
Beryani gam tu kakak dah makan masa perjalanan dari Batu Pahat ke Pontian. Kalau ikut tekak kakak sedap lebih kurang aje dgn md shah yg kat depan Hospital Southern tu...
Lupa nak tunjuk kat rengit yg tempat barang 2nd hand tu mama ju tak ke sana ke? Kakak pernah beli kipas duduk utk bapak masih cantik sampai sekarang...
Assalamualaikum Mama Ju..
Rengit..tidak terlalu asing bagi saya..sebab abang kami tinggal kat situ (dulu mcm pernah ckp dgn Mama Ju.. saya ni pelupa sikit :D ).
Cute la pengikat rambut tu..
Assalamualaikum Mama Ju
belum pernah sampai kat Rengit lagi
Wassalam
mamaju,
Boleh tahan hebat Rengit ni....one daya mesti nak drop by di sana
cantiknya homestay ini. boleh beri butiran lanjut. berminat nak cuba.
nan
Post a Comment