Sunday, November 13, 2011

TIPU dan UKWAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan Ayat 1-10 Surah Al Ma'arij( Syammil Al Quran, Bandung)
'(azab) dari Allah yang memiliki tempat-tempat naik. Para malaikat dan Jibrail naik (mengadap) kepada Tuhan, dalam sehari setara lima puluh ribu tahun.Maka bersabarlah engkau (Muhamad) dengan kesabaran yang baik. Mereka memandang (azad) itu jauh (mustahil) sedangkan kami memandangnya dekat(pasti terjadi). Ingatlah pada hari ketika langit menjadi bagaikan cairan tembaga. Dan gunung-gunung bagaikan bulu (yang berterbangan) Dan tidak ada seorang teman karib pun menanyakan temannya.'

Sabtu 12.11.11

Kami menunggu janji di Sunway Piramid jam 9 pagi. Jam 8.50 kami dah pun sampai. Sebenarnya kami ikut teruja dengan gelagat Nabil yang teringin mencari motosikal baru...
Nabil menemui motosikal Kawasaki KLZ dengan harga RM 5,200 di 'mudah.my'. Nabil kata harga ni berpatutan untuk motosilal berusia setahun setengah.
Tunggu punya tunggu, orang yang dinanti tidak kunjung tiba.Telefon tidak berangkat.
Semalam kata ok, tapi dihujung percakapan ada kata "bayarlah  deposit dulu...ramai orang nak tenguk.."

Beberapa minit tunggu, kami berlalu. Rasa macam ada tidak kena .
Agaknya Nabil..kecewa...
                               -
Kami teruskan perjalanan ke Karangkraf. Perjumpaan bersama Fikrah.net.
Oh seronok sekali bertemu rakan-rakan baru.
Seharian kami di sini dengan tiga kali makan dan dua kali sembahyang....

Saya cuba memahami Fikrah.net.
Saya menemui sdr Ahmad Yani, pengarang Majalah I.
Saya menemui Dr Zaharuddin yang bercerita mengenai dunia blog.
Saya menemui Puan Sri Diah yang bercerita mengenai dunia penerbitan (hei, kita pernah berkursus bersama semasa kita sama-sama remaja!)Dulu kami di Kemudi..
Saya menemui Dato Hishumuddin, tuanpunya Karangkraf yang sangat pandai berkata-kata.Suka dengan wawasan beliau yang 'islamik'
Oh! saya ditegur oleh seseorang "Ini mamaju?" (terimakasih,  Sam....semalam mama ingat nama....)
Sebenarnya saya menemui ramai penulis dan rakan-rakan/anak-anak di sini.
Moga kita jumpa lagi.
Kami hadir untuk sama memberi semangat kepada Nabil.
Ust Zaharuddin dan Ust. Adnan.
Daripada 120 peserta, 29 adalah perempuan.....Jarang lelaki menguasai majlis!

                                 -
Malam berjumpa Farah dan makan-makan.

                                 -
Ahad 13/11 ,Nabil beritahu orang yang nak jual motosikal tu tipu...seseorang telah membayar 'deposit RM 500'
dan hilang begitu sahaja, Motosikal dalam' mudah.my 'tu pun dah dipadamkan....Tak tahulah apa ceita seterusnya.
Jadi berhati-hati membeli barangan di maya.

Ya Allah,kurniakanlah kami lisan yang basah mengingati dan menyebut namamu, hati yang penuh segar  mensyukuri nikmatmu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahmu. Amin.

Assalamualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.



1 comment:

sahromnasrudin said...

ya Allah...MUDAHNYA janji dikhianati demi RM 500.00....

semoga ia dijadikan pengajaran utk kita semua