Wednesday, November 9, 2011

KEMERIAHAN BERAYA DI JOHOR.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar2 telah melihat diriku kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku, Kulaib berkata ' Saya pernah bercerita kepada Ibnu Abbas bahawa saya telah melihat Rasulullah saw (di dalam mimpi). Lalu saya teringat kepada Hassan bin Ali ra dan saya katakan bahawa Hassan mrip dengan Rasulullah saw. Maka Ibnu Abbas berkata 'Hasan memang menyerupai Rasulullah Saw."
(Riwayat Tirmizi, Ahmad dan Hakim)
Alhamdulillah, bersyukur dapat beraya di kampung. Selepas sembahyang hariraya (di sini  kaum wanita tidak ke masjid bersembahyang raya) kami ke rumah jiran, menemui Nyai Maimon. Dia  selesa tinggal seorang diri, anak-anak tinggal berhampiran. Nyai mendakwa berusia 90 tahun.(Anaknya kata 84 tahun...)
Nyai masih ingat saya sebagai 'Kak Ju'
Kami menghadiri dua upacara korban. Satu di rumah keluarga Pn Rogayah dan satu lagi di rumah Sdr Alim (pakcik saya)
Alhamdulillah, dapat kami adik beradik berkumpul. Adik ketiga balik  ke rumah mertua di Muar dan adik bungsu balik ke Port Dikson.
Keluarga adik saya Ust Jamiluddin.
Selepas bergambar, kami adakan tahlil dan tazkirah. Wakil menantu, wakil cucu dan  emak
diberi peluang bercakap....
...Sempat lagi bermain kapal layar....
Kami ke rumah cikgu Rabiaton, (cikgu darjah 2), berusia 67 tahun. Cikgu nampaknya sihat selepas pembedahan ketumbuhan di kepala.
Saya juga bertemu cikgu Zubaidah (cikgu Tingkatan 3 di SMRK Rengit). tak sangka rupanya cikgu berdua adik beradik.
Sebenarnya cikgu Rabiaton tu berkahwin dengan datuk saudara saya.
Kami juga ke rumah Datuk Maimun.(adik Arwah Tun Sardon) di Sg  Kluang.Beliau bercerita  bagaimana  adiknya  membuat majlis harijadinya yang ke 82! beliau menangis...seumur hidup inilah pertama kali .....
Saya dan adik kemudiannya mengunjungi pakar yang popular di P.Pinang, Dr Supion.(Anak Nyai Maimon).  Lama betul tak jumpa....
Di rumah pakcik Halim (Belahan Tampuk Darat) suasana terus meriah. Selain  upacara korban. mereka menyediakan lemang (dengarnya membakar 130 batang!)
Semasa kami tiba pakcik Alim sedang memasak seperiuk besar sup!
Di rumah Cik Alim saya menemui  Cik Yah, Cik Ru, Cik Mah, Cik Dol, Cik Murni, Cik Nora dan keluarga.
Mereka semua adik ayah saya tetapi berlainan ibu.
Berbaju belang tu Cik Har, adik abah  berlainan ibu juga.Terlalu lama saya tidak menemuinya.
Datuk saya ada empat isteri....
Selepas isyak ziarah diteruskan. Kali ini ke rumah Sdr Jemain di Kg Belahan Tampuk . Ada majlis
aqiqah untuk cucu beliau. Saya menemui Wak Sidek, beliau mengepalai majlis ini. Wak Sidek mendakwa beliau berusia 100 tahun! Kata-katanya sentiasa hebat.!



Selesai satu hari yang padat. Esuknya majlis doa selamat dan bertunang di rumah Kak Lia (jiran)
Adik juga mengunjungi Cikgu Bachuk yang kabarnya terkena angin ahmar.

Itulah kemeriahan di kampung.
Alhamdulillah.



Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

razijohari said...

Alhamdulillah....moga segala amal kita diterima Allah swt.....

afeezz said...

assalamualaikum mama : wah3.. meriah raya thn ni ek....

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

semeriah macam raya aidilfitri
kunjung mengunjung...

Wassalam