Saturday, November 26, 2011

CUCI MATA DENGAN 2.2 JUTA!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ibnu Umar ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Ada tiga (pemberian) yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu."
(Riwayat Tirmizi, Abu Syaikh dan Baghawij)

Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Wangian bagi laki-laki keras aromanya dan warnanya tidak nampak, sedangkan wangian bagi perempuan adalah yang warnanya nampak dan warnanya tidak menyengat."
(Riwayat Tirmizi, Abu Dawud, Nasai dan Ahmad)

Kalau sahabat berkereta dari Putrajaya ke Pasar borong Selangor di Sri Kembangan ,  sahabat akan  menemui  16 Seirra. Di sinilah kami cuci mata!
Rumah contoh. Gambar ni dari bawah, jadi tidak nampak rekabentuknya.
Kawasan seluas  47++ kaki persegi. Banglo ini berharga RM 2.2 juta
Halamannya luas.
Tingkat bawah bermula dengan ruang tamu, bilik tetamu, ruag makan, dapur dan bilik utiliti.
Tingkat atas, bilik tidur utama, dua bilik tidur dan bilik keluarga.

Tingkat paling atas, bilik tidur .

Keseluruhannya memang cantik.
Ini ialah Link Banglo . (Sebenarnya rumah berkembar, ia melekat di bahagian  tengah)
Harga RM 1.6 juta.

Di sekitar Lestari Perdana, Equine banyak benar perumahan baru. Harga yang ditawarkan tinggi tapi
penampilan rumah cantik-cantik dan nampak moden.

Di hadapan rumah kami akan dibangunkan Kinrara Uptown. Nampak gaya bertambah sibuklah kawasan ini.

Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jadilah pencinta Al Quran.

2 comments:

che mid said...

Alhamdulillah, cukuplah dengan apa yang ada...

shami2 said...

Salam mamaju...

Cantik rumah tu, harganya pun cantik juga...arga macam tu boleh bina sebuah masjid