Thursday, November 24, 2011

OH LIMAU!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Anas bin Malik ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda maksudnya"Sungguh Allah benar-benar akan redha kepada orang yang makan atau minum kemudian memuji dan bersyukur kepadanya atas makanan atau minuman itu"
(Riwayat Tirmizi, Muslim, Bagawi dan Ahmad)

Suami menanam sepasu pokok limau. Alhamdulillah, dengan izin Allah pokok ni berbuah lebat. Tenguk tu satu dahan bercabang dua dan berbuah lima!
 
Pagi , saya menghitung....ada 47 biji limau!
Syukur Ya Allah, pokok-pokok memberi kegembiraan kepada kami sekeluarga.
Moralnya...hehe tanamlah apa sahaja pokok yang digemari, dalam pasu pun boleh.
Tanam, doa dan baja dua kali sebulan.
Insyaalah menjadi.




Assalammualaikum.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

5 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama : wat air limau sedap ni... nyam3

misabammas said...

Masya Allah! Limau nipis dalam pasu? Kekuasaan Allah bagi setiap yang mahu berfikir....

rosli said...

Mama ju,

Saya cukup terliur tgk pokok limau yang berbuah lebat sebgini...geram sgt....ni macam limau yang dijual di Cameron Highlands tu or limau nipis....tp buahnya besar tk macam limau nipis. Syukur alhamdulillah berbuah lebat

shami2 said...

Salam mamaju


Bercucuk tanam dalam pasu...dah cukup tak payah membeli...boleh lagi tu di berikan juga kepada kengkawan atau jiran sebelah menyebelah...kan

alhamdulillah

azlina said...

Lebatnya berbuah mesti yg menanamnya sejuk tgn...dan menanam,membelai dgn pnh kasih syg..