Wednesday, October 26, 2011

SELAMAT MALAM TETAMU- TETAMUKU...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Daripada Abi Malik Al Harith bin Asim Al Ashari  RA berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya" Kebersihan itu sebahagian daripada iman, alhamdulillah itu memberatkan timbangan,  subhanallah dan alhamdulillah, kedua-duanya menuhi ruang di antara langit dan bumi. Solat itu adalah nur, sedekah itu adalah bukti, sabar itu adalah sinaran Al quran itu adaalah hujah.(untuk membela atau menentang).
Setiap manusia bekerja, maka ada yang menjual dirinya dan ada yang membebaskan dirinya dengan bekerja keras untuk keselamatan atau kecelakaan.)
(Riwayat Muslim dan At Tirmizi)

Assalammualaikum tetamu-tetamuku.
Aku menunggu  kehadiran kalian.
Aku telah siapkan kamar beradu untukmu .


Kamu tahu, kamulah tetamu-tetamu yang datang membawa rahmat....

Selamat datang dan selamat berziarah kuucapkan kepada:

Sdr Kadir Abd Razak sekeluarga daripada Segamat, Johor)
Sdr Rajib sekeluarga (daripada Pengkalan Chepa, Kelantan)
Sdr Razi Johari sekeluarga (Daripada Johor Bharu, Johor.

Moga ukwah kita berpanjangan.
Moga  kita sentiasa dalam redha Allah. Amin.


Alhamdulillah.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

2 comments:

Ayah Zain said...

wow, dah macam taraf hotel ni mamaju.

che mid said...

Salam Mama Ju

Berbahagialah tetamu-tetamu Mama Ju dan diberkatilah yang empunya rumah.

Mama Ju, tolong singgah di blog Che Mid, ada entri yang perlukan komen serius. tk