Saturday, October 22, 2011

Coratcoret sembahyang Jumaat.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin Al Khatab ra berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya "Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya dan setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan...."
(Riwayat Al Bukhari, Muslim. Abu Daud. Al Tirmizi,Al Nasai',Ibn Majah dan Ahmad)

Semalam hari Jumaat  21/10/11
Saya berada di luar perkarangan masjid.


Masuk  waktu jam 1.01
Orang ramai...
Bersusun kereta dan motor.
Saya melihat bas sekolah mengambil anak-anak sekolah. Kenapa remaja-remaja lelaki terus menaiki bas walaupun waktu sembahyang Jumaat sangat hampir?
Kenapa anak-anak berbasikal saja-saja lalu....?
Kenapa ramai yang lalulalang tapi tak singgah? (oh mungkin musafir..)
Saya rasalah ibu ayah perlu lebih peka dengan aktiviti anak-anak. Apa yang dia buat sewaktu kita bekerja?

Jam 1.45 ada dua orang tergesa-gesa datang (cepat....)
Jam 1.59 jemaah terawal keluar.
Jam 2 + jemaah keluar.

Suatu waktu

Saya lihat sekumpulan remaja berpakaian baju melayu berkumpul ditepi masjid. Macam terdengar dah khutbah,..kenapa mereka tak ke masjid.? "Adik, masuklah...."Agaknya mereka segan, terus hilang. Mudah-mudahan mereka hilang di celah-celah orangramai yang bersembahyang tu.(Di Masjid daerah Pontian)

Saya lihat seseorang berbaju melayu lengkap dan membawa anak kecil menaiki motor. Tapi kenapa dia tidak singgah di masjid? .....Tak lama kemudian( ambil masa juga) dia berpatah balik (tak singgah juga). Susah payah isteri sediakan baju melayu untuk anak dan suami untuk ke masjid..
(Ini di Pengkalan Kubor, Kelantan)

Berbaju melayu lengkap warna merah...
Dudok di atas motor tepi masjid.
Bila imam beri salam, dia hidupkan enjin....dan...
(ini di Kuala Selangor)

Ya Allah,ampunkan saya dan mereka.
Berilah kami petunjuk dan hidayah. Amin.


Masjid Kristal Terengganu. Gambar diambil oleh Fatimah Ulfah sewaktu  Nadwah Kebangsaan di Terengganu..






2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Assalamualaikum Mama Ju... morning..

Cantiknya Mesjid tu.

Tentang lelaki yg tak pegi solat Jumaat tu.. nauzubillah.. jgn la jd menantu kita.. hehe. Moga Allah menurunkan hidayah buat mereka. Amin.

Anonymous said...

salah saya....saya gagal mendakwah mereka....